Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 27, 2020 @ 8:53pm

WHO keluar amaran tsunami COVID-19, rakyat perlu lebih berwaspada

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan berlaku tsunami COVID-19 berikutan langkah kebanyakan negara yang terkesan akibat COVID-19 mula melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut WHO, penularan wabak COVID-19 ketika ini masih dalam gelombang pertama dan dijangka akan berlaku penularan yang besar sebelum gelombang kedua tercetus apabila musim influenza biasa yang lazimnya akan melanda seluruh dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) mampu membantu Malaysia mengelakkan daripada tsunami COVID-19 berlaku.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. (Gambar NSTP/KHIS/LUQMAN HAKIM ZUBIR)

“Amaran WHO ada asasnya, banyak negara sudahpun melonggarkan kawalan pergerakan dan sebagainya. Jika rakyat tidak patuh pada SOP, mungkin kes akan bertambah dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga kini berwaspada terutama ketika musim perayaan ini.

“Kita boleh elak gelombang kedua atau tsunami yang besar ini kalau kita sama-sama patuh pada SOP, iaitu penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, pastikan elak 3C dan amalkan 3W,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Sehingga 26 Mei 2020, WHO melaporkan sebanyak 5,559,130 kes COVID-19  dicatatkan di seluruh dunia dan daripada jumlah itu sebanyak 348,610 kes kematian dilaporkan. Setakat ini, Malaysia menyumbang 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dari seluruh dunia.

Berdasarkan jangkaan WHO, wabak COVID-19 semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Meskipun jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kembali pada dua angka, iaitu hanya 15 kes hari ini berbanding 187 kes semalam dan 172 kes pada 25 Mei 2020, pergerakan rakyat ketika musim perayaan dan aktiviti kunjung mengunjung boleh mencetus penularan baharu.

Dari 16 Mei 2020 sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan pemeriksaan ke atas 2,449,556 kenderaan membabitkan sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan sudah diarah berpatah balik oleh PDRM.

Pihak berkuasa ‘berkunjung’ ke rumah yang ingkar SOP dengan menerima kunjungan tetamu pada Hari Raya kedua dan memberikan kompaun kepada tuan rumah. (Gambar NSTP)

Dr Noor Hisham akui, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan dalam kalangan masyarakat ketika sambutan Aidilfitri ini.

“Daripada15 kes baharu hari ini, sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia dan ini adalah selaras dengan unjuran KKM sebelum ini untuk mencapai satu angka kerana kes lain adalah daripada kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI).

“Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar pada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 yang seterusnya boleh mengakibatkan gelombang yang baharu bagi wabak COVID-19 di negara ini. Kita hanya akan melihat (jangkitan baharu) dalam masa dua minggu dari sekarang,” katanya.

Sementara itu, KKM melaporkan terdapat 42 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 6,083 kes atau 79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Berikutan pertambahan 15 kes baharu itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,619 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,421 kes.

Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan sembilan kes penularan tempatan membabitkan empat kes bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, tiada pertambahan kes kematian dan hanya seramai lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 24 Oct 2018
Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Featured Fri, 28 Jun 2024
Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!