Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops October 24, 2018 @ 1:00pm

Garam Dari Asia Didapati Telah Dicemari Dengan Jumlah Mikroplastik Paling Banyak!

Garam merupakan sejenis ramuan yang perlu ada di dalam setiap dapur tapi pernahkah anda terfikir jika ia bagus untuk kesihatan?

Ya, kalau makan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan darah tinggi, tapi tahukah anda? Sebuah kajian oleh Greenpeace mendapati yang 90% daripada garam yang digunakan di seluruh dunia mengandungi mikroplastik di dalamnya. Eeee!

Mikroplastik adalah partikel-partikel plastik halus yang dijumpai dalam alam sekitar dan mencemarinya. Ia bukanlah sejenis plastik yang khusus tetapi apa saja fragmen plastik yang berukuran kurang daripada 5 milimeter panjang, menurut U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration. 

Foto: National Ocean Service

Akhbar The Star telah mengeluarkan artikel yang mengatakan garam yang dijual di Malaysia mengandungi jumlah pencemaran plastik tertinggi, berdasarkan kajian Greenpeace tadi.

Ia juga mengatakan seorang dewasa menggunakan 10 gram garam sehari. Itu sebenarnya bersamaan dengan memakan sekurang-kurangnya 2,000 mikroplastik setahun!

Foto: World Atlas

Laporan oleh Environmental Science & Technology telah menganalisa 39 buah jenama garam daripada 21 negara termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Para pengkaji menjumpai mikroplastik dalam 36 jenama daripada sample, dan jumlah mikroplastik tertinggi adalah dalam garam yang digunakan di Asia.

Walau bagaimanapun, jumlah mikroplastik dalam garam memang berlainan antara jenama-jenama yang diperiksa. Jumlah mikroplastik tertinggi pula dijumpai di dalam sample daripada sebuah jenama dari Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, Indonesia dikenali sebagai pembuang plastik ke dalam laut yang kedua teruk di dunia.

Foto: Quora

Kajian ini juga menunjukkan yang Asia adalah “hotspot” untuk pencemaran plastik di seluruh dunia. Ini bermakna kesihatan orang-orang Asia dan ekosistem di sini berisiko tinggi untuk mengalami pencemaran mikroplastik maritim.

Ahli kempen Greenpeace East Asia Kim Mikyoung berkata, “Kajian terbaru mendapati plastik di dalam makanan laut, hidupan liar, air paip dan kini garam. Ternyata yang kita tak boleh lari daripada krisis plastik, terumatanya apabila ia terus tersebar ke sistem perairan kita.”

Foto: Britannica

Kajian Greenpeace ini juga menerangkan yang hanya 3 daripada 39 jenama garam tidak mengandungi sebarang partikel mikroplastik, iaitu:

  • Taiwan (garam laut halus)
  • Tanah Besar China (garam bukit halus (rock salt))
  • Perancis (garam laut kasar yang dihasilkan melalui penyejatan)

Akhir sekali, kajian ini menunjukkan betapa seriusnya pencemaran plastik di sesebuah kawasan di mana garam telah dikeluarkan untuk pasaran dunia.

Walau bagaimanapun, kesan daripada kemasukan mikroplastik ke dalam sistem kita dan sama ada ia mendatangkan bahaya belum lagi dapat dikenalpasti.

Jadi selepas ini, bila anda membeli garam, periksa dulu isi kandungannya, terutamanya sebelum anda menggunakannya di dalam makanan anda.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 17 Sep 2018

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh menyebabkan untut.

Sihat Mon, 23 Jul 2018

Liat Lakukan Senaman Pagi, Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Manfaatnya

Senaman pada waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk dilakukan.

Featured Fri, 17 Aug 2018
Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.

Featured Wed, 27 May 2020
Featured Wed, 26 Jun 2019
Sihat Wed, 8 Jan 2020

Rawatan estetik penuhi impian ‘cantik’ wanita

Xeoul Global bantu wanita tampil sempurna

Sihat Fri, 8 Feb 2019
error: Content is protected !!