Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 31, 2020 @ 5:00pm

Cara mudah goreng ikan bilis agar rangup, garing dan sedap!

Menikmati lauk ringkas ikan bilis goreng dengan nasi panas dan telur mata kerbau memang menyelerakan! Ditambah pula dengan potongan cili padi dengan kicap, memang kecur air liur dibuatnya!

Kredit gambar: Cookpad

Bagaimanapun, ikan bilis yang liat dan sukar untuk dikunyah pasti akan membantutkan selera. Jangan risau, berikut adalah cara mudah untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup dan garing.

1. Tos sehingga kering

ikan bilis rangup

Kredit gambar: Kitchenbowl

Kebiasaannya kita akan membasuh ikan bilis sebelum memasak. Ikan bilis yang tidak kering dengan betul akan menyebabkan ia menjadi liat selepas digoreng.

Seeloknya, toskan air sehingga betul-betul kering sebelum menggoreng ikan bilis. Kalau mahu cepat, boleh sangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

ikan bilis rangup

Kredit gambar: Chopsticks and Flour

2. Simpan dalam peti sejuk

Anda juga boleh menyimpan ikan bilis yang sudah dibasuh dan ditos dalam peti sejuk semalaman. Kaedah itu akan menyejat air basuhan ikan bilis dan membuatkan ikan bilis garing selepas digoreng.

3. Cuka

Kredit gambar: NR Family Enterprise

Penggunaan cuka mampu menjadikan ikan bilis goreng rangup. Caranya renjis rata cuka makan selepas membasuh dan tos ikan bilis. Kemudian, goreng seperti biasa.

Anda juga boleh rendam terus dengan cuka selama lebih kurang lima minit sebelum digoreng. Jangan risau kerana ia tidak akan menjejaskan rasa ikan bilis.

4. Asam keping

Kredit gambar: Ainries

Jika tiada cuka, boleh letak dalam dua ke tiga asam keping semasa menggoreng ikan bilis, memang rangup.

5. Goreng sehingga minyak hilang buih

Cara menggoreng juga memainkan peranan untuk menghasilkan ikan bilis yang rangup. Seeloknya, goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis. Bagi mengetahui sama ada ikan bilis sudah garing adalah dengan melihat minyak gorengan sudah berhenti berbuih.

6. Penyimpanan yang betul

ikan bilis rangup

Kredit gambar: Cuisine World

Ikan bilis yang sudah masak garing perlu terus diangkat dan ditoskan menggunakan tisu dapur. Setelah sejuk, baru disimpankan dalam bekas kedap udara dengan elok. Insya-Allah ikan bilis akan tahan lama dan kekal rangup.

Selamat mencuba!

Kredit sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Featured Wed, 15 May 2019
Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Gaya Hidup Thu, 12 Jul 2018
Featured Tue, 24 Mar 2020

Buat pemeriksaan sendiri dengan jawab 12 soalan COVID-19

Elak saringan tidak perlu kerana harga ujian RM400

Featured Mon, 9 Mar 2020
familuv Fri, 3 Aug 2018

5 Langkah Si Isteri Bijak Saat Berdepan Suami Berlaku Curang

Jangan biar atau abaikan suami anda yang curang kerana itu hanya memberikan mereka peluang untuk terus mencari kebahagiaan di luar.

Featured Fri, 18 Jun 2021

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40. Penurunan ini menimbulkan kebimbangan […]

error: Content is protected !!