Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 28, 2020 @ 10:55am

Vokal Mania: Terkejut Boleh Kalahkan Idol, Alif Kadim Akui Aina Abdul Bukan…

Memberikan persembahan mantap dan bertenaga sebagai rookie yang menentang idol, Aina Abdul di pentas Vokal Mania minggu lalu, Alif Kadim ternyata berjaya mencuri perhatian juri. 

Siapa sangka Alif tampil memberikan saingan sengit menerusi lagu Jampi dan Takkan Terlerai sekaligus mengalahkan Aina di pusingan battle.

Saya memang tak yakin boleh kalahkan Aina

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Kadim, 28, mengakui tidak pernah terfikir untuk digandingkan bersama Aina, apatah lagi untuk mengalahkan penyanyi lagu Sumpah itu pada episod pertama Vokal Mania.

Namun, beliau menerima cabaran tersebut dan berusaha memberikan yang terbaik buat penonton.

“Saya memang tak confident langsung. Namun, pada malam tersebut tinggal saya seorang sahaja dan masa tu, memang tinggal Aina sahaja, jadi saya kena battle dengan dia.

“Tapi, apa yang saya boleh katakan saya hanya buat yang terbaik untuk tunjukkan bakat saya kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Xtra.

Alif juga menganggap Aina merupakan penyanyi yang hebat dan bukan calang-calang orangnya terutamanya dari segi vokal.

Jadi, bagi penonton di rumah yang sukakan Alif atau rookie yang lain, jangan lupa undi di www.xtra.com.my/vokalmania dan jangan lupa saksikan Vokal Mania, pada setiap Sabtu, 9 malam hanya di TV3! 

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Diketawakan Sejak Kecil… Jelly Belly Nekad Turunkan Berat Badan Secara Sihat – “Pernah Terfikir Nak Potong Usus Tapi…”

Akhirnya, tertunai juga hajat ibu nak tengok Jelly Belly masuk TV dan bergelar penyanyi!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus

Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Saya Alami Pendarahan..”- Ummi Nazeera Dedah Kesukaran Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Ummi Nazeera dan suami di atas  kelahiran anak kedua mereka pada 2 Jun yang lalu. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit keperitan yang terpaksa dialami. Ummi mendedahkan kesukaran yang dialaminya sewaktu melahirkan […]

Trending Sun, 24 Oct 2021

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak. Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, […]

error: Content is protected !!