Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 11, 2020 @ 1:30pm

PKPB : SOP Majlis Nikah Di Terengganu

Semua majlis akad nikah di negeri ini hanya dibenarkan dilangsungkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD).

Arahan majlis akad nikah hanya di pejabat agama itu bertujuan menjaga keselamatan orang ramai dan memudahkan pemantauan terhadap pematuhan tatacara.

Majlis akad nikah di rumah, masjid, surau TIDAK dibenarkan

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad  juga berkata, pelaksanaan majlis akad nikah di premis persendirian, masjid, surau dan di tempat awam yang lain adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada ketua pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang lslam negeri.

Manakala, kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang dewasa dan keutamaan hanya kepada yang berkeperluan termasuk seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, serta dua orang saksi bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Dan tempoh pelaksanaan majlis akad nikah juga hanya dalam tempoh 30 minit sahaja.

“Individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, demam dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir pada majlis akad nikah terutama kanak-kanak dan warga emas berisiko.

“Semua yang hadir pada majlis akad nikah hendaklah mendaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon di dalam borang khas dan perlu diserahkan kepada pegawai agama daerah sebelum serta selepas majlis akad nikah,”
katanya.

Selain itu, upacara adat istiadat dalam majlis akad nikah adalah tidak dibenarkan.

Dan, pegawai agama daerah dan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk diberi kuasa untuk menangguhkan majlis akad nikah jika ada antara ahli keluarga serta pasangan gagal mematuhi tatacara ditetapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Sat, 21 Aug 2021
Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bakal Bawakan Irama Keroncong, Han Byul Cuba Kelainan Dalam Nyanyian

peh susah ni lidah korea bawa lagu keroncong

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

[VIDEO] “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita” – Pesanan Terakhir Allahyarham Bad Indigo

Allahuakbar! Semoga arwah Bad Indigo ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh.

Trending Mon, 10 Aug 2020

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Buat mereka yang ingin memohon lanjutan moratorium..

error: Content is protected !!