Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 13, 2020 @ 12:38pm

Tiada Isu Pembatalan, ABPBH – 33 Dibenarkan Dalam SOP PKPB – Ismail Sabri

Berikutan Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33  yang akan berlangsung malam ini, ramai yang menjangkakan acara tersebut akan dibatalkan kerana tertakluk kepada SOP PKPB. 

Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam memaklumkan tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.

Patuh SOP, Jumlah Kru Minimum 

Beliau berkata, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu acara berkenaan tiada penonton dan tidak membabitkan tenaga kerja asing, selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.

Tegasnya, majlis anugerah itu juga dipantau oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika berlaku perlanggaran (SOP), penganjur akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media.

Jangan lupa saksikan malam kemuncak ABPBH 33 bersiaran secara langsung di TV3, saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my, dan buat julung kalinya juga menerusi laman aplikasi TikTok dari Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 9.00 malam ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Sambutan Hangat Konsert Inul Daratista Live In Malaysia Cetuskan Idea, Pencarian Bakat Baharu Dangdut Kini Bermula!

Wah, hangat sambutan konsert Inul ye! Siapa nak jadi bintang dangdut tu boleh la usha!

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Featured Sat, 28 May 2022

“Siapa Orang Tu Nak Kata Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Uishh, pedas juga Ifa Raziah balas balik kenyataan Ustazah tu.. 🫢😅

Trending Fri, 19 Jan 2018

大妈打保龄球「神技术」砸坏天花板电视

打保龄球洗沟算什么?近日网络流传一段巴西大妈打保龄球的影片,神一般技术的她不但没有碰到任何一支球瓶,更是砸坏了球馆悬挂在天花板的电视,全程恰好都被友人记录下来!

Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah

Featured Mon, 27 Feb 2023
Trending Wed, 22 May 2019
Trending Mon, 24 May 2021

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak???

error: Content is protected !!