Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2024 @ 11:55pm

Che Sayang Kitchen Ungguli Creator of The Year… Ini Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2024

Pencipta kandungan resipi dan masakan, Che Sayang Kitchen mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2024 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, sebentar.

Che Sayang menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah memenangi kategori Celebrity Of The Year.

Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup pula meraih trofi anugerah istimewa iaitu Changemaker Of The Year.

Bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian, kategori Changemaker Of The Year mahu mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif.

Ia diiktiraf melalui kandungan yang dicipta, sama ada dalam memberikan inspirasi kepada perubahan positif, memberikan kesedaran mengenai isu-isu penting, mahu pun sekadar memberi inspirasi kepada ribuan lagi penonton.

Sementara itu, bagi kategori pilihan popular iaitu TikTok Live Creator of the Year dimenangi oleh Acap S atau Asraf Jaafar, Video Of The Year (Agy Official) dan TikTok Shop Creator of the Year (Pinn Yang).

Bagi kategori pilihan juri iaitu Entertainment Creator Of The Year pula dimenangi oleh Kanafly, Animation Creator Of The Year (Yimotapir), Gaming Creator Of The Year (Kingshahx), Sports Creator Of The Year (Amaranas), Food Creator Of The Year (Tang Guo Shop), Education Creator Of The Year (Aminxabid) dan Beauty & Fashion Of The Year (Aishah Rahim).

Turut hadir adalah Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussain Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof serta Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.

Turut memeriahkan acara adalah persembahan dari artis popular seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, Zubir Khan, Ezra Kairo, Alfie Zumi, Muahx, Faizal Tahir, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.

TikTok Awards Malaysia 2024, acara kedua dijayakan TV3 dan TikTok itu menjadi tapak lonjakan untuk meraikan aspirasi baharu, selain membuka peluang kepada pencipta kandungan membuktikan impian mereka mampu menjadi nyata.

TikTok Awards Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu itu juga memberikan ruang dan laluan yang besar kepada pemenang-pemenang dan calon-calon yang tersenarai untuk mereka mengorak langkah dalam penciptaan kandungan dan kerjaya profesional mereka.

Ini merupakan senarai penuh pemenang TikTok Awards Malaysia 2024:

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):
* Creator of the Year – chesayang_kitchen
* Celebrity of the Year – bellaastillah_94
* Video of the Year – agy.official
* TikTok LIVE Creator of the Year – acaps19
* TikTok Shop Creator of the Year – yang

Pilihan Juri (Judge’s Pick):
* Entertainment Creator of the Year – kanafly
* Animation Creator of the Year – yimotapir
* Gaming Creator of the Year – kingshahx
* Education Creator of the Year – aminxabid
* Food Creator of the Year – tang_guo12
* Sports Creator of the Year – amaranas_
* Beauty & Fashion Creator of the Year – aishahrahim07

Changemaker Of The Year:
* lokohopunohgroup
* braderwheelchair

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2024

Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

NK beri komen atau tidak? Sama-dama kita hormat keputusan keduanya okay! 🥹🤲🏻

Featured Thu, 14 Nov 2024

Tular Foto Bergari, Alif Satar Mohon Netizen Tak Terpedaya Dengan Berita Palsu – “Pelik Betul Zaman Sekarang”

Alif berharap agar orang ramai melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan berita palsu tersebut sekiranya ia melibatkan dirinya dan ahli keluarga mangsa.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Mon, 29 May 2023
Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Featured Fri, 26 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Dari ‘Fresh Talent’ Ke Influencer Popular, XTRA XSTAR Jadi Medan Bakat Luar Biasa!

Kalau musim pertama #xtraxstar2024 dianggap sebagai ‘permulaan yang membara’, musim kedua ini pula menyaksikan perkembangan yang lebih meriah, sengit dan luar biasa.

Featured Fri, 21 Mar 2025

Syed Saddiq Kecewa Rayuan Kes Tertangguh, Komen Balas Fazura Curi Perhatian

Meskipun hanya meninggalkan komen nasihat dan sokongan terhadap Syed Saddiq, namun terdapat segelintir warganet yang kurang senang sekaligus mempersoalkan tindakan aktres itu.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

Hiburan Tue, 4 Mar 2025
error: Content is protected !!