Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 15, 2020 @ 7:44pm

SFMM35: “Bukan Saya… Boleh Teka Orang Lain” – Misha Omar Nafi Ganti Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu

Penyanyi Misha Omar menjawab persoalan peminat yang berharap dia tampil menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memberikan respons terhadap dua pertanyaan peminat menerusi ruangan Ask Me Questions di Instagram Stories, Misha menafikan dia bakal menjadi pengganti Siti.

“Harap Kak Mitch ganti Tok Ti untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu SFMM35,” tanya seorang peminat menerusi soalan pertama.

“Malangnya bukan Kak Mitch yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Harap kenyataan ini akan melegakan hati awak. Cuba lagi, cuba teka orang lain,” jawab Misha pula.

“Jujur dari lubuk hati yang paling dalam, nak Kak Mitch muncul SFMM35 untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu,” tanya soalan kedua pula.

“Bukan Kak Mitch.. So, boleh teka orang lain. Kalau itulah harapan awak, terima kasih,” jawab Misha lagi.

Sebelum ini, nama Misha menjadi sebutan peminat kerana dendangannya dalam menyanyikan semula (cover) lagu Aku Bidadari Syurgamu mendapat pujian ramai.

Pengganti Siti masih menjadi persoalan memandangkan penyanyi nombor satu itu sedang berehat panjang selepas melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.

Selain Aku Bidadari Syurgamu, lagu kolaborasi Siti Bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta, 7 Nasihat turut tercalon di SFMM35.

Dua lagu terbabit bakal bertanding pada Sabtu, 21 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Diadakan 3 Hari Berturut-Turut, Ini Senarai Penuh 30 Lagu Bersaing Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35!

SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad: 20, 21 dan 22 November 2020.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Feb 2026

Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman

Rata-rata warganet menganggap pakai tersebut seperti ‘romper baby’

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Thu, 15 May 2025
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Trending Mon, 19 Apr 2021
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Individu Minta Hafiz Mahamad Henti Buat ‘Content’, Didakwa Maki Pekerja? – “Cukuplah Dengan Toksik Leadership, Mereka Ada Maruah”

Seorang individu meminta Hafiz untuk berhenti membuat ‘content’ yang didakwa menjatuhkan maruah pekerjanya

Trending Mon, 4 Jan 2021

LCK 2: Khareez & Nadeera Muncul Juara, Jom Recap Episod Akhir!

Buat korang yang terlepas episod semalam, jom recap sekarang!

error: Content is protected !!