Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 17, 2020 @ 3:28pm

KWSP: Tidak Perlu Bayar Balik Pendahuluan i-Sinar

Berikutan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada Akaun 1,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan perkara tersebut

Penggantian Caruman Ke Akaun 1

Sebaliknya, KWSP memaklumkan amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

“Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Selepas jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

“Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP melalui kenyataan di sini.

KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah ‘penggantian semula’.

“Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Langgan Tonton Sekarang & Rebut Peluang ‘Healing’ Bersama Kunto Aji!

Wah, jom healing dengan Kunto Aji, langgan Tonton sekarang!

Featured Tue, 5 Nov 2024

Da’i Syed Berjuang Bersihkan Nama Baik, Enggan Beri Kesan Trauma Pada Anak

Da’i Syed mengaku kes rogol babitkan wanita lima tahun lalu sangat sukar.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Wed, 25 Mar 2020
Hiburan Thu, 13 Mar 2025
error: Content is protected !!