Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 5, 2024 @ 2:45pm

Da’i Syed Berjuang Bersihkan Nama Baik, Enggan Beri Kesan Trauma Pada Anak

Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengaku mahu berjuang membersihkan namanya atas tuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Katanya usai prosiding kes di Mahkamah Tinggi  Shah Alam, Selangor pada hari ini, kes melibatkan dirinya itu sangat sukar, namun dia sedaya upaya berjuang untuk membersihkan  melakukannay sehingga ke hari ini demi isteri, anak dan keluarganya.

“Saya perjuangkan sampai ke tahap ini pun bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga, isteri dan anak saya juga. Kes ini memang sangat sukar bagi saya.

“Saya tidak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih dengan kata orang luar. Jadi saya disini untuk membersihkan kembali nama saya Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pemilik nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, iaitu Amin Othman memaklumkan prosiding yang dijalankan pada hari ini hanyalah berkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan.

Dan, perbicaraan kes akan disambung semula pada 10 Disember depan.

Terdahulu, Dai Syed dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.

Dan, pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Hakim dilapor menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dalam pada itu, pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah tersebut daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Sempena Ulang Tahun Da’i Syed, Hana Ismail Mohon Urusan Dipermudahkan – “Moga Allah Angkat Musibah Kita”

ARTIKEL BERKAITAN: 21 Hari Da’i Syed Dipenjara, Hana Ismail Enggan Ulang Peristiwa Hitam Besarkan Anak Seorang Diri – “Tabik Dengan Wanita Jadi Ketua Keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

ARTIKEL BERKAITAN:Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

 

Sumber: OhBulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Diberkas Polis Thailand Bersama 6,000 Pil Kuda, 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Tersohor Kelantan Positif Dadah

Seramai enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita tersohor Kelantan yang ditahan di selatan Thailand Jumaat lalu positif dadah.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

丁当大马演唱会邀鼓鼓和《决战好声》Annabella 任嘉宾

丁当即将在 5 月 19 日吉隆坡开唱,演唱会内容打着与粉丝”超近距离接触”及” 分享心情故事” 的概念以外,更邀请了全能创作歌手鼓鼓,以及《THE VOICE 决战好声》人气学员 Annabella 蔡咏琪撑场!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018
Hiburan Wed, 6 Nov 2019
Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Berkarisma, Tinggi & Kurus” – Madammu Puji Fazura Miliki ‘Pakej’ Lengkap Wanita Cantik

Kata Madammu, aktres itu bukan sahaja kelihatan cantik malah memiliki karisma.

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

12 Artis Veteran di Konsert Malam Nostalgia

Konsert Malam Nostalgia bakal berlangsung di Auditorium DBKL diiringi Orkestra Kuala Lumpur

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

Tular di media sosial mengenai kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Berita tersebut mulai tular apabila kisah itu dikongsikan oleh Mona Din yang juga seorang usahawan di laman Facebook beliau. […]

error: Content is protected !!