Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 7:27pm

Diberkas Polis Thailand Bersama 6,000 Pil Kuda, 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Tersohor Kelantan Positif Dadah

Seramai enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita tersohor Kelantan yang ditahan di selatan Thailand pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

Memetik laporan Harian Metro, jurucakap polis Thailand berkata, enam individu termasuk tiga wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat, esok untuk mendapatkan perintah reman selepas ditahan di lokap polis Sungai Golok.

“Mereka akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan oleh polis Thailand,” katanya.

Jurucakap terbabit berkata, keenam-enam mereka dijangka akan didakwa bersama kerana memiliki 6,000 pil kuda itu, namun siasatan masih diteruskan.

“Dua wanita lain juga akan didakwa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Semalam, media melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.

Kesemua mereka berusia 25 hingga 32 tahun ditahan kira-kira 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Tangkapan enam individu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu menemui 6,000 biji pil kuda.

Sumber & Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Apr 2025

“Saya Tak Merajuk, Saya Tetap Akan Berbakti Pada Negara & Menghargai Orang” – Siti Nurhaliza

Siti dia tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan.

Featured Thu, 31 Mar 2022
Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Featured Sat, 25 Apr 2020
Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

error: Content is protected !!