Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 18, 2020 @ 9:10am

SFMM35: “Saya Terkejut Bila…” – Shiha Zikir Ganti Siti Nurhaliza

Penyanyi Shiha Zikir mengesahkan dia bakal menggantikan tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang bakal berlangsung Sabtu ini. 

Shiha bakal menggantikan penyanyi nombor satu negara itu menyampaikan lagu 7 Nasihat, dendangan bersama Lucka Sickta dan Kmy Kmo.

“Sejujurnya saya terkejut apabila diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan 7 Nasihat yang dipopularkan oleh penyanyi ternama seperti Siti. 

“Saya sendiri tak sangka saya dapat tawaran menyampaikan ini lagu ini beberapa hari selepas senarai penuh SFMM35 diumumkan.

“Saya difahamkan, tawaran itu datang selepas mendapat kata putus pihak komposer, Universal Music Malaysia dan pihak Siti sendiri. Rasa itu tak dapat saya ungkap, bercampur baur,” kata Shiha kepada Xtra.

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini sudah bersedia untuk dibandingkan dengan Siti.

“Mesti ada yang membuat perbandingan. Saya cuma mahu melunaskan tanggungjawab ini dengan sehabis baik.

“Kemampuan Siti membawakan lagu ini memang tiada tandingan tetapi saya akan cuba memberikan 100 peratus usaha agar tidak menghampakan peminat di luar sana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shiha pernah menyanyikan semula lagu terbabit dan ia mendapat respons positif peminat.

7 Nasihat merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Kmy Kmo bersama Luca Sickta dan dimuatkan dalam album studio terbaharu Siti.

Selain 7 Nasihat, lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Siti juga bertanding di SFMM35.

Namun, pengganti Siti untuk menyanyikan lagu terbabit masih menjadi persoalan selepas Misha Omar menafikan dia bakal mendendangkan lagu terbabit di SFMM35.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35: “Bukan Saya… Boleh Teka Orang Lain” – Misha Omar Nafi Ganti Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu

Siti sedang berehat panjang selepas melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.

Dua lagu terbabit bakal bertanding pada Sabtu, 21 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Diadakan 3 Hari Berturut-Turut, Ini Senarai Penuh 30 Lagu Bersaing Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35!

SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, 20, 21 dan 22 November 2020.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

Featured Mon, 17 Feb 2025

Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh berjudul, Hening Rindu nyanyian Marsha dinobat sebagai AJL39

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Air Mata Aisha Retno Gugur Alunkan Surah Al-Qadr, Tersentuh Hayati Makna Lailatul Qadar

Aisha Retno berkata perasaan itu hadir selepas dia mendalami maksud k surah berkenaan sebelum ke studio.

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Featured Mon, 2 Dec 2024
Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada jam 10.40 pagi tadi. Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa […]

error: Content is protected !!