Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom June 10, 2018 @ 2:00pm

Cef Selebriti Anthony Bourdain Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

Cef selebriti dan personaliti TV antarabangsa Anthony Bourdain, dilapor meninggal dunia akibat bunuh diri. Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

“Dengan rasa yang amat sedih kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan kerja kami, Anthony Bourdain,” kata CNN dalam satu kenyataan.

Bourdain berada di Perancis untuk merakam episod terbaharu programnya bersama CNN, ‘Parts Unknown’.

Teman rapatnya, Eric Ripert, seorang chef di Perancis menemui Bourdain dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya, pada pagi Jumaat.

Pemergian Bourdain hanya tiga hari selepas pemergian pereka fesyen terkenal, Kate Spade.

Spade, 55 tahun, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Associated Press, pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.

Bourdain dilahirkan di New York pada 25 Jun 1956 dan membesar di New Jersey. Dia melonjakkan pesona dirinya ke perhatian umum sebagai penulis dan personaliti televisyen, dengan pengkhususan terhadap dunia kulinari.

Graduan dari Culinary Institute of America pada tahun 1978 itu tidak memperlahankan rentaknya. Setelah itu dia tidak henti menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat di pelbagai ceruk dapur sama ada di restoran dan hotel. Pada tahun 1998, dia menjadi chef eksekutif di Brasserie Les Halles.

Foto: Malaymail

Salah satu daripada keistimewaan Bourdain adalah kebolehannya menulis dan berkongsi cerita. Namanya mula meniti di bibir ramai pada tahun 1997, apabila The New Yorker menyiarkan artikelnya yang berjudul Don’t Eat Before Reading This.

Artikel itu sangat meninggalkan impak kepada pembaca, seolah-olah dia mempelawa orang ramai meninjau ke dalam hidupnya yang bertugas sebagai chef.

Sejak itu, tawaran perkembangan karier Bourdain tidak putus-putus. Dia mula menjadi pengacara, penerbit dan membuat kemunculan khas dalam beberapa siri program masakan dan kembara bermula tahun 2000.

Antara program popularnya adalah No Reservations, The Layover, The Taste dan Top Chef.

Hasil tulisannya pula terabadi dalam beberapa buah buku terlaris, seperti No Reservations: Around the World on an Empty Stomach, Kitchen Confidential dan A Cook’s Tour.

Bourdain pernah berkahwin dengan Nancy Putkoski dan bertahan selama 20 tahun, sehingga 2005. Dua tahun kemudian dia mengahwini Ottavia Busia pula sebelum berpisah pada tahun 2016.

Bourdain adalah antara selebriti yang kuat memberi sokongan kepada kempen #MeToo tahun lalu, terutamanya selepas teman wanitanya, Asuia Argento, mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa pencabulan penerbit kontroversi Harvey Weinstein.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Mar 2021

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini. Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan […]

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Nama Kumpulan Pun Dah Macam ‘Sesat'” – PU Syed Sekali Lagi Tegur Penampilan Seksi Dolla

PU Syef sifatkan tegur Dolla perbuatan sia-sia, nama didakwa sesat

Featured Sat, 1 Mar 2025

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

Trending Mon, 1 Mar 2021
Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Thu, 6 Nov 2025
error: Content is protected !!