Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2025 @ 3:00pm

“Nama Kumpulan Pun Dah Macam ‘Sesat'” – PU Syed Sekali Lagi Tegur Penampilan Seksi Dolla

Pendakwah selebriti, PU Syed sekali lagi memberi teguran kepada penyanyi wanita kumpulan, Dolla gara-gara berpenampilan menjolok mata ketika menjadi artis jemputan dalam sebuah pesta, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) mililnya, PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, terpanggil untuk menegur Dolla selepas menerima mesej daripada individu yang kurang senang melihat penampilan mereka.

Bagaimanapun, PU Syed menjelaskan dia sudah pernah memberi teguran kepada merka namun usahanya itu digambarkan seperti satu perbuatan yang sia-sia.

Bukan itu sahaja, PU Syed juga meyifatkan nama kumpulan Dolla itu seolah-olah sama dengan maksud sesat ketika dinilai menerusi huruf jawi.

“Saya pernah tegur kumpulan Dolla, rasanya setahun yang lali. Nama Dolla, bunyi macam ضل jika guna huruf ض+ ل  yang membawa maksud sesat dan ternyata, hampir sama dah.

“Namun, teguran yang saya berikan kepada artis-artis seperti mereka ini boleh diibaratkan seperti mencurah air atas daun keladi,” katanya.

Enggan isu ini terus membelenggu dalam kalangan masyarakat, PU Syed menyeru agar pihak berwajib mengetatkan garis panduan berkaitan pemakaian, khususnya dalam kalangan selebriti dan pempengaruh beragama Islam.

“Saya juga tegas menegur pihak berkuasa agar menguatkuasakan etika berpakaian seperti terhadap rakyat, terutama para artis serta pempengaruh. Terutama umat Islam, dari berpakaian menjolok mata.

“Mereka sudah menunjukkan contoh yang buruk kepada peminat dan tak pelik jika ramai yang. berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang.

“Biarlah ustazah-ustazah yang tegur pula. Nanti bila lelaki tegur dikatakan kita menengok mereka. Sedangkan seperti contoh tangkapan skrin ni, saya tak tahu tetapi diberitahu oleh netizen yang bencikan perlakukan maksiat mereka,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023
Trending Thu, 15 Jul 2021
Trending Wed, 24 Jun 2020
Events Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Membuat Tuduhan’ – Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila. Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan […]

Events Thu, 10 May 2018

Selebriti Teruja Tengok Persembahan Bruno Mars Live In KL

Konsert penyanyi terkenal, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung dengan meriah walaupun keputusan pilihanraya belum diketahui lagi

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Featured Sat, 16 Oct 2021
Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!