Trending By: Attiqah Mohd November 20, 2020 @ 4:31pm

Fasa Satu Pembayaran BPN 2.0 Disalurkan Kepada 9.86 Juta Penerima B40, M40

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.

Pembayaran Fasa Kedua Bermula Januari 2021

Justeru, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 yang dikeluarkan hari ini.

Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula, Tengku Zafrul berkata mereka yang telah membuat permohonan sehingga tarikh tutup 31 Oktober, boleh menyemak status permohonan bermula 27 November manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Oct 2021

“Saya Tak Raikan Pendapat Mereka, Tapi…” – Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah Ancaman

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berpendapat kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin adalah bergantung kepada pendirian dan hak masing-masing. Menurut Yasin, di sekelilingnya ramai orang yang tidak mengambil vaksin lagi dengan pelbagai alasan. […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot