Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 25, 2023 @ 5:57pm

Luah Rasa Tak Adil, Usop Sifatkan Influencer Jadi Penyanyi Rosakkan Industri Muzik?

Penyanyi Usop meluahkan rasa kecewa apabila beberapa pihak mengangkat pempengaruh media sosial untuk menceburi industri muzik.

Memetik laporan mStar, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Noor memberitahu perkara itu tidak adil memandangkan dia sendiri tidak melalui jalan mudah untuk bergelar penyanyi.

“Sekarang senang nak naik (jadi artis). Dulu saya pergi uji bakat. Pukul 6 pagi pergi, habis pukul 2 pagi esoknya. Penat.

“Tapi, kita boleh tengok macam mana kualiti artis. Kita ini artis dari program realiti boleh bandingkan dengan artis sosial media,” katanya.

Menurut naib juara program Mentor Milenia 2017 ini, dia merasakan tidak adil kepada penyanyi-penyanyi yang mengharungi pelbagai cabaran untuk meningkat naik.

Malah, Usop turut merasakan sesetengah lagu yang dinyanyikan oleh pempengaruh ini seakan merosakkan industri muzik negara.

“Saya tak rasa tergugat, saya rasa tak adil. Kenapa industri Malaysia macam ini? Kadang-kadang keluar lagu merepek-repek. Apa ni? Nak rosakkan industri muzik Malaysia ke?

“Penyanyi dulu nak jadi penyanyi sangat susah. Kena keluarkan lagu yang sedap. Tapi kenapa lagu sekarang naik.

“Sekarang ini kalau jumlah tontonan daripada TikTok tinggi, dekat platform lain semua akan tinggi. Semua radio akan panggil, tapi kenapa radio panggil?,” soalnya.

Sementara itu, dia menegaskan tidak akan berduet dengan pempengaruh sekiranya diajak untuk berkolaborasi.

“Saya cakap jujur, saya taknak. Saya memang tidak akan duet sebab saya jenis orang yang memilih lagu.

“Harapan saya kalau boleh industri muzik Malaysia ini kena ada satu platform untuk artis dan pempengaruh untuk sama-sama bertanding bakat masing-masing,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Usop kini muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah.

Filem terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd ini ditayangkan di 65 pawagam di seluruh negara bermula 21 September.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Ziarah Makam Nabi Muhammad, Netizen Sebak Dengar Pesanan Alif Teega Buat Anak

Pesanan personaliti media sosial, Alif Teega kepada anak perempuannya, Khadeejah Hijanah ketika menziarahi makam baginda Rasulullah mengundang hiba netizen. Lebih mencuri perhatian, pesanan yang dititipkan oleh Alif buat Khadeejah di ruangan kapsyen seakan-akan amanat terakhirnya […]

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Kekal Sihat

Soalan tak masuk akal pun ada tau! Contohnya, baru-baru ini, pelakon popular Bollywood menerima soalan seperti berapa kali dia membuang air besar? Hurm, mengarut kot wak.

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

李幸倪红馆首开唱「音乐世家」携家人组Band合唱

一连两场的李幸倪《First Of All Live》上周六在香港红馆正式举行;迎来人生首个红馆秀的李幸倪,以fit爆状态登场,同时也邀请了父母、姐姐和姐夫组Band合唱,第一次全家人同台演出!

error: Content is protected !!