Trending By: Salma Syahbuddin November 29, 2020 @ 9:56am

Vokal Mania : Aina Abdul & Indah Ruhailah Tewas Di Tangan Rookie, Jom Recap Ranking Penuh Episod 5!

Pejam celik, pejam celik hanya dua minggu sahaja lagi sebelum rookie dan idol berentap di pusingan separuh akhir Vokal Mania.

Minggu ini, giliran Afieq Shazwan, Hariz Danial, Yuveena dan Zareef Sein mencabar para Idol.

Tampil dengan sedikit kelainan, episod kali ini menampilkan hanya tiga orang idol sahaja untuk beraksi di atas pentas Vokal Mania!

IDOL 2 – ROOKIE 2

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan pengacara jemputan, Uyaina Arshad, pentas Vokal Mania terus dihangatkan dengan persembahan pembukaan berentak irama Malaysia nyanyian asal, Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Joget Kenangan Manis yang dibawakan oleh rookie, Hariz Danial.

Terkenal dengan muzik bergenre rock, Lan Solo terus mencabar dirinya apabila membawakan lagu, Siapa Tak Mahu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan gayanya tersendiri sekaligus mengalahkan rookie pada pusingan battle.

Bagaimanapun, Indah Ruhaila nampaknya tidak berjaya menambat hati juri menerusi persembahan solo dan battle nya kerana berjaya ditewaskan oleh, Yuveena.

Manakala, persembahan Aina Abdul pada episod ke-5 ini agak sedikit berbeza kerana Aina tidak dapat bersama-sama di pentas Vokal Mania.

Namun, itu bukan penghalang buat Aina memberikan persembahan terbaik menentang Zareef Sein di pusingan battle walaupun nasib tidak menyebelahinya kerana tewas di tangan Zareef.

Manakala, Tomok berjaya menewaskan Afieq Shazwan di pusingan battle menerusi lagu Merisik Khabar & Sekadar DiPinggiran.

Walaupun tewas di pusingan battle bersama Tomok, namun persembahan Afieq berjaya melayakkannya menyandang gelaran Rookie Star Award.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen :

KEDUDUKAN IDOL

#1 Aina Abdul

Solo : Balqis

Battle vs Zareef Sein : Baldu Biru

Yusry : And, it is very hard untuk saya judge juga minggu ini sebab Aina tidak ada di sini.

#2 Tomok

Solo : Livin La Vida Loca

Battle vs Afieq Shazwan : Merisik Khabar & Sekadar DiPinggiran

Misha : Tomok memang ampuh disitu sebab faham perjalanan persembahan.

#3 Lan Solo

Solo : Siapa Tak Mahu

Battle vs Hariz Danial : Kesal

Yusry : Lan, saya fan awak Lan. Tapi saya rasa Lan kena cari kelainan.

Misha : Lan punya taring tak berapa keluar lah malam ni!

#4 Indah Ruhaila

Solo : Takkan Terganti

Battle vs Yuveena : Hati Yang Tersakiti

Yusry : Saya rasa Indah saya agak terkilan dengan persembahan awak malam ni. Kalau rookie buat kesilapan saya dapat maafkan tapi kalau idol…

KEDUDUKAN ROOKIE

#1 Afieq Shazwan

Solo : Hutang

Battle vs Tomok : Merisik Khabar & Sekadar DiPinggiran

Yusry : Confident A plus! Tetapi this is the singing competition. You kena all out. Because i know you can do it. Tapi you lambat warm-up!

Misha : Afiq patut serap energy daripada Tomok. So, when it comes to singing kita mesti berbalik kepada text. Afieq you have such a cute face but you cute face bila nyanyi lirik sedih jangan senyum. Expression itu sangat penting. Kadang-kadang bila kita memahami text yang kita nyanyikan expression itu datang sekali. So you tahu tak apa yang you nyanyi, tapi pitch semua macam okay! Macam solo performance, you kena buat suara kemit-kemit sikit.

#2 Yuveena

Solo : Bunga

Battle vs Indah Ruhaila : Hati yang Tersakiti

Yusry : I like your performance, attitude masa part rapping tu. It works! Tapi singing tu ada sikit-sikit senget, but i hope you do better. But, untuk pusingan battle, both of you make mistake!

#3 Zareef Sein

Solo : Lelaki Ini

Battle vs Aina Abdul : Baldu Biru

Yusry : Saya tidak envy awak Zareef, because memang susah nak buat persembahan sebegitu. A bit tricky situation we got here tapi lagu tadi originality lagu perempuan and you have to go with falsetto, kalau you pakai you punya real voice takut tidak sedap. Tapi, kalau saya pun saya gugup sebab tak ada partner kat atas tu.

Misha : Sebenarnya ini kerja gila. Untuk orang baru menjayakan performance seperti ini, ini adalah satu kerja yang berat. Jadi melihatkan dia begitu, too comfortable on stage… jadi kita perlu berikan pujian kepada bakat baru seperti ini.

#4 Hariz Danial

Solo : Joget Kenangan Manis

Battle vs Lan Solo : Kesal

Yusry : Saya rasa towards the end, awak dah get to the group. Awal-awal tu, i wish you get started the song macam mana awak end the song. Sebab bila dekat hujung tu baru dapat rasa awak punya originality. Jangan lambat warm-up okay! Untuk persembahan battle, Hariz lagu ni bukan you punya forte. Lagu ni too big for you lah.

Misha : Bila battle dengan idol nanti, jangan manis sangat. Kena tunjukkan siapa diri awak, yang awak nak tunjuk nanti. Hariz, untuk battle song, you kena aware pada 3 not yang pertama. Kalau takde soul tu, kena lebihkan expression, dan sebagainya dalam persembahan itu.

Untuk semua penyokong Vokal Mania, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.myATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Sep 2019

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Mon, 16 Sep 2019

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Salam takziah buat adik comel ini. Bahaya juga jerebu ni

Trending Mon, 2 Mar 2020

COVID-19: Jururawat Pelatih Jadi Mangsa Terbaharu Di Malaysia!

Mangsa Covid-19 yang ke 29 di Malaysia!