Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 2, 2020 @ 9:48am

Faizdickie Bersyukur Dapat Kumpul RM30,508 Untuk Anjing Liar

Personaliti media sosial, Faizdickie bersyukur kerana berjaya mengumpul sebanyak RM30,508 dalam tempoh tiga hari untuk diberikan kepada Persatuan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR).

Sumbangan yang dikumpulkan menerusi pengikut laman sosial Instagram Faiz yang dikenali sebagai #VillagePeople itu dilakukan bagi membayar sewa tapak rumah perlindungan anjing liar yang diuruskan oleh MIAR yang terletak di Puchong, Selangor.

Menurut Faiz, dia rasa berbesar hati dan terharu kerana pengikutnya membantunya untuk mengumpul sumbangan sebanyak itu.

“Alhamdulillah, saya tak sangka saya dan #VillagePeople dapat mengumpul wang sebanyak ini untuk menyelamatkan anjing liar yang berisiko hilang tempat tinggal sekiranya sewaan tapak tidak dijelaskan.

“Sebenarnya, minggu lalu saya ada terbaca satu posting di Facebook yang mengatakan MIAR memerlukan wang tunai RM16,000 untuk membayar sewa tapak sebelum hujung bulan ini.

“Jika mereka tak dapat mengumpul wang terbabit, tempat berteduh anjing-anjing liar di MIAR bakal hilang. Pada awalnya, saya fikirkan jumlah wang terbabit agak besar untuk saya capai.

“Syukur, #VillagePeople banyak membantu dan saya sendiri tak sangka kerana saya menerima sumbangan yang lebih berbanding nilai RM16,000 yang diperlukan,” katanya kepada Xtra.

Dalam pada itu, Faiz meluahkan rasa terharu dan berharap bantuan yang diberikan dapat membantu anjing liar dan membuka mata manusia untuk terus berkasih sayang dengan haiwan lain.

“Sejujurnya, saya benar-benar terharu apabila pengikut di Instagram begitu bermurah hati untuk membantu haiwan terbiar. Saya harap sumbangan yang diberikan kepada MIAR, semalam dapat menyelamatkan tempat tinggal anjing liar ini dan membantu keperluan lain.

“Biarpun bantuan yang disalurkan ini membantu anjing liar, saya berharap ia dapat membuka mata orang ramai untuk terus menyayangi dan membantu setiap haiwan di sekeliling kita.

“Kebanyakan anjing yang tinggal di pusat perlindungan di Puchong ini adalah anjing terbiar dan mempunyai masalah. Ada diantara anjing ini yang cedera, didera, dipukul dan ditingalkan oleh tuan masing-masing. Jadi di pusat perlindungan yang disediakan inilah, mereka dirawat dan dijaga sehingga sihat.

“Tempat ini juga diuruskan oleh lima orang pekerja yang masing-masing datang dari keluarga miskin dan ibu tunggal. Namun mereka memiliki hati yang murni untuk memastikan anjing-anjing ini dijaga dengan baik dan selamat.

“Walaupun sumbangan yang dikumpul untuk tempat tinggal anjing terbiar, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko itu. Lagipun setiap haiwan peliharaan termasuk anjing perlukan kasih sayang,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Mula terkenal di laman sosial semenjak tujuh tahun lalu, pemenang trofi Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini merupakan figura yang popular dengan video-video lawak menerusi karakter Sarabanon, Kak Leha dan Nurse Puaka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023

“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Belajar daripada pengalaman lepas, jangan ulangi silap yang sama – Mawar Karim

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

Komited & Merendah Diri, Netizen Puji Noorkhiriah Hadiri Kelas Lakonan Demi Watak Sarat Emosi – “Pelakon Hebat Pun Masih Belajar”

Noorkhiriah dipuji merendah diri tetap komited hadiri kelas lakonan demi watak sarat emosi

Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

Featured Thu, 19 Dec 2024

Kini Giliran Abang Viva Pula Dedah Bukti Baru… Dakwa Isteri ‘Kantoi’ Mesej Dengan Lelaki Lain?

Abang Viva mendakwa banyak lagi bukti berupa video milik isterinya.

Featured Thu, 14 Aug 2025
Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 22 May 2025

Fesyen Tudung Dikritik, Tya Ariffin Titip Kata-Kata – “Kesempurnaan Hanyalah Milik-Nya”

Tya menitipkan pesan agar netizen sentiasa berfikiran positif.💅🏻✨

Featured Wed, 24 Sep 2025
error: Content is protected !!