Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 7, 2020 @ 4:35pm

“Aspirasi Seni Dan Budaya” – FiTA UITM Anjur Wave Awards 2021, Tawar Hadiah RM 33,000

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana, Cawangan Selangor dengan kerjasama Yayasan Hasanah, dan FINAS akan menganjurkan WAVE Awards 2021. Acara ini pertama kali diadakan dengan jayanya pada tahun 2019 bersempena Minggu KaryaOne yang dikenali sebagai FiTA WAVE Awards. 

Sejumlah RM33,000 dipertaruhkan kepada bakal pemenang pada majlis kemuncak WAVE Awards 2021 yang bakal berlangsung secara gilang gemilang pada 25 Januari 2021 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)UiTM.

Pendemik Covid-19 tidak menghalang kreativiti malah acara ini menjadi pemangkin anak muda untuk berkarya. Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Professor Dato, Dr. A Razak Mohaideen menyatakan, sekiranya pandemik masih berterusan, acara kemuncak ini akan berlangsung secara dalam talian.

Simposium Industri Kreatif dan beberapa siri Bengkel Filem, Animasi dan Tarian akan dilaksanakan sepanjang November dan Disember 2020 bersama barisan sarjana, pakar bidang, dan pengamal seni.

Penerbit bersama WAVE Awards 2021 iaitu Yayasan Hasanah turut melancarkan ArtsFAS (Arts FOR ALL SEASONS) yang akan berlangsung dari September hingga Disember 2020  dengan sekurang-kurangnya 1 program seni untuk setiap bulan yang akan ditaja oleh Yayasan Hasanah. 

Untuk sebarang info pertanyaan mengenai Wave Awards hubungi talian tertera:
Ketua Pengarah Penjurian, Dr. Norman Yusoff di talian 011-61264643. 
Layari laman sesawang rasmi – www.waveawards.myLike Facebook – WAVE Awards MalaysiaFollow Instagram – waveawards_my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 May 2026

Digelar ‘Artis Try Hard’, Fizikal & Bakat Dikritik Sepanjang 9 Tahun Dalam Industri, Aisha Retno Kini Lebih Matang Hadap Kecaman – “Saya Dah Lali”

Aisha berkata apa yang lebih penting ketika ini adalah memberi sepenuh fokus terhadap minat, impian dan hala tuju yang ingin dicapai dalam bidang seni.

Trending Tue, 6 Apr 2021
#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Hiburan Fri, 18 Oct 2024
Featured Wed, 21 May 2025

Dilabel Narsistik, Individu Hina Puteri Balqis Tampil Pertahan Diri -“Sumpah! I Tak Ada Niat”

Individu berkenaan menolak dakwaan kononnya dia sengaja mahu menghina.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

Featured Fri, 29 Apr 2022
error: Content is protected !!