Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 8, 2020 @ 4:45pm

Bayaran Tidak Dibuat Secara One-Off, KWSP Jawab Isu Pembayaran Berperingkat i-Sinar

Umum mengetahui, KWSP telah menetapkan pembayaran enam bulan secara berperingkat untuk i-Sinar. 

Justeru, ramai yang mempersoalkan kenapa pembayaran tersebut tidak dibuat secara one-off. KWSP menjelaskan persoalan ini dalam kenyataan rasmi,

“KWSP ingin memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama mungkin dan memahami bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan serta perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak.

“Oleh itu, pendekatan berperingkat berdasarkan beberapa pertimbangan, iaitu pertama, data semasa tanggungan ahli KWSP; kedua, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19 dan ketiga, bagi mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP.”

Baca artikel berkaitan: i- Sinar Tidak Bersyarat, Kriteria Data Permohonan Selari KWSP

Sebagai peringatan, pembayaran pertama i-Sinar adalah sehingga RM5,000 (bagi mereka mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) kerana KWSP memahami banyak perbelanjaan diperlukan pada awal tahun seperti bayaran persekolahan anak.

Bantuan juga perlu dilihat dalam konteks menyeluruh, termasuk bantuan PRIHATIN, PENJANA dan KitaPrihatin yang bertujuan mengurangkan beban aliran tunai dan tanggungan individu dan isi rumah.

Contohnya bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Fasa 2) juga akan diberikan Januari depan dan Bantuan Pinjaman Bank seperti moratorium serta pengurangan bayaran juga tersedia untuk manfaat individu.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 13 Jun 2022
Events Thu, 31 Jul 2025
Featured Wed, 22 Oct 2025

“Saya Cuma Burnout, Bukan Tutup Kedai” – Zahnita Wilson Nafi Dakwaan Perniagaan Bakeri Gulung Tikar

Zahnita Wilson menegaskan perniagaan bakeri yang dijalankannya tidak ditutup seperti yang tular.

Hiburan Fri, 18 Oct 2024

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Wahhh, bestnyaaaa. Murah rezeki Shuib tambah nafkah isteri

Featured Sat, 22 May 2021

80 Peratus Sektor Awam, 40 Peratus Sektor Swasta Diwajibkan Bekerja Dari Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebanyak 80 peratus pekerja sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor […]

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Shiha Zikir Percaya Wujudnya Gangguan Sihir Dalam Dunia Perniagaan – “Tapi Itu Bukan Sebab Utama Kedai Saya Ditutup”

Shiha Zikir menegaskan penutupan restorannya bukan kerana gangguan mistik, sebaliknya disebabkan kelemahan dalam menguruskan perniagaan.

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

Gitaris Utama Kongsi Bams Samsons Semakin Pulih Selepas Jalani Operasi Kanser Lutut – “Hubungan Kami Tetap Baik”

Bams Samsons jalani rawatan operasi lutut di Malaysia, Hubungan kekal baik dengan bekas kumpulan

error: Content is protected !!