Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 9, 2020 @ 3:53pm

“Dislike? Biarkan Mereka Puaskan Hati Sendiri” – Lagu Cik B Kekal Trending #1, Raih Hampir 3 Juta Tontonan

Selebriti media sosial yang kini bergelar penyanyi, Cik B mencipta rekod peribadi apabila video muzik lagu Tolonglah yang dilancarkan pada 1 Disember lalu kekal di kedudukan nombor satu carta trending.

Lebih hebat apabila video muzik yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu sudah mencecah hampir tiga juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Cik B, 15, atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkata, dia tidak pernah menjangka lagu dan video muzik itu akan menjadi tular dan ‘trending’.

“Sejujurnya saya berasa amat gembira dengan pencapaian diraih lagu ini sekarang. Saya macam tidak percaya boleh menghasilkan lagu yang mendapat perhatian orang ramai sehingga ‘trending’.

“Saya menjangkakan lagu ini akan mencecah 3 juta tontonan hari ini. Apabila lagu dan video muzik ini dilancarkan, diakui saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk ‘trending’. Sebab saya tahu ada yang tidak berapa suka dengan genre lagu ini.

“Apa pun, saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang sudah menonton dan komen positif. Bagi yang memberikan tanda ‘dislike’, saya pun tidak tahu sebab apa. Mungkin mereka tidak tengok lagi tapi dah ‘dislike’. Mungkin juga mereka adalah ‘haters’, jadi dengki dengan saya. Tidak mengapalah, biarlah mereka puaskan hati sendiri dengan cara itu,” katanya.

Dalam masa sama, Cik B yang juga anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida berkata selepas ini dia akan muncul dengan video muzik lirik dengan video berbeza.

Malah, Cik B berpesan kepada orang ramai yang memperkecilkan bakatnya supaya tidak menyimpan perasaan iri dan benci terhadap dirinya.

“Insya-Allah selepas ini saya mahu buat video lirik yang mana menampilkan video lain pula. Bagi mereka yang memperkecilkan bakat saya, kita tak boleh benci orang. Simpan saja kalau sakit hati sebab saya tidak pernah sakitkan hati mereka.

“Mengenai kritikan membabitkan kualiti video muzik ini, saya harap mereka faham. Diakui video muzik lagu ini tidaklah sehebat dan sebagus video muzik penyanyi lain.

“Dalam erti kata lain banyak kekurangan terutama pelakon yang terbabit sebab saya menggunakan khidmat kakitangan mama untuk berlakon kecuali pelakon yang melakonkan watak saya.

“Selain itu saya juga masih belum pandai buat ‘lip sync’. Jadi, memang akan nampak pelik. Jadi, untuk segala kritikan saya sudah bersedia termasuk yang akan ‘dislike’.

“Walaupun kecaman diterima akan membuatkan saya berasa lemah semangat, tapi saya buat tidak tahu saja. Ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Segala komen jahat dan tidak membina, saya tidak mahu hiraukan. Ini kerana, saya sudah terbiasa sejak umur 11 tahun lagi.

“Tapi, apa yang membuatkan saya yakin adalah beberapa orang yang sudah melihat video muzik ini turut menangis dan rasa apa yang ingin disampaikan dalam lagu dan video muzik,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu ciptaan bersama ibunya itu, Cik B yang juga pelakon drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini berkata, lirik lagu itu menceritakan kisah silam dan pengalaman sadis Cik B yang menjadi mangsa dera pembantu rumah, kisah ibunya didera dan kematian menyayat hati abangnya.

“Lirik lagu ini mengenai diri sendiri iaitu apa yang saya alami sejak kecil sampai sekarang yang mana saya pernah kena dera dengan bibik (pembantu rumah), pernah melihat mak didera dan abang meninggal dunia depan mata.

“Secara luaran orang melihat saya gembira dan ‘happy go lucky’, tapi dalaman tidak. Saya hanya menceritakan apa yang berlaku. Mama pun okay sebab dia juga turut menyumbang dalam penulisan lirik.

“Sejujurnya, saya tidak sabar menunggu reaksi daripada warganet. Saya bersedia apa saja kritikan yang bakal diterima. Namun, saya tidak meletakkan harapan tinggi agar mereka menyukai lagu dan muzik video lagu ini sebab tidak semua melalui pengalaman saya.

“Paling penting, lagu ini bukan dihasilkan untuk kepuasan peminat, tapi ia adalah kepuasan peribadi selepas menceritakan segala pengalaman dalam lagu ini. Siapa tidak boleh terima, tidak mengapa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jul 2025

“Ammar Ahyan Tu, Ya Allah ‘Brilliant’! – Nabil Ahmad Puji Cara Aliff Syukri & Shahida Didik Anak

Nabil menganggap dikurniakan anak dengan peribadi terbaik adalah rezeki yang tidak ternilai.

Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Hanis Zalikha Kongsi Tips Urus & Didik Anak Sekolah – “Displin Waktu Tidur Sejak Bayi…”

Min suka tengok anak beranak ni ❤️ Cara didikan Hanis & Hairul memang A+!

Featured Wed, 26 Nov 2025

Pilih Nama Tara Svara, Isteri Noh Salleh Selamat Lahirkan Baby Girl

Noh, 40, mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kehadiran zuriatnya itu.

Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022

Angkat Kisah Buaya Darat, Dem Lepak Boyz Tampil Single Terbaru Berjudul Jerat

Kumpulan Dem Lepak Boyz (DLB) muncul dengan single terbaru mereka berjudul Jerat. DLB dianggotai oleh dua jejaka iaitu  Zaidy dan Hazel yang telah menukar kerjaya mereka bermula dari penari profesional kepada penyanyi yang mula membina […]

Trending Thu, 4 Jan 2018

深夜客厅看电视 抬头惊见「长发人头」

人吓人吓死人!但如果不是人……日前台湾一名林氏网民在社交网站群组《爆废公社》发文,指照片是朋友传给他的,并且对方说自己“不敢睡了!”

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Buat Macam Member Dia Je…” – Ramai Cemburu Lihat Angel Dolla Bersama Simon Dominic

Pasti ramai yang mengenali penyanyi wanita Angelina Chai Ka Ying atau lebih dikenali sebagai Angel yang merupakan seorang ahli kumpulan Dolla. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Angel di laman TikTok sehingga berjaya […]

Featured Mon, 21 Jun 2021

Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada […]

Featured Mon, 28 Apr 2025

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

error: Content is protected !!