Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 12, 2020 @ 5:55pm

Lumpuh Sebelah Muka Ketika Sarat Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Sentiasa Positif

Pelakon Faye Kusairi yang kini sedang sarat hamil 38 minggu mengalami masalah Bell’s Palsy semenjak minggu lalu sentiasa bersikap positif biarpun ditimpa ujian.

Bell’s Palsy merupakan penyakit yang membabitkan kerosakan pada satu saraf wajah atau facial nerve.

Ia berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi muka tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguang saraf wajah.

Kini, sebahagian wajah isteri kepada pengarah Azmi Hatta itu lumpuh akibat Bell’s Palsy dan pelakon itu masih dalam proses untuk sembuh.

“Kepada mereka yang menghadapi Bell’s Palsy ni, jangan down. Jangan stress. Jangan risau kalau progress anda slow. Yang penting, korang perlu lebih positive dan sentiasa lakukan senaman muka, never skip your medicine, ikut je kata doctor.

“Kalau ada cara lain yang anda nak guna untuk ikhtiar, silakan. By all means. Kesungguhan kita yang membentuk kesejahteraan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan kita. Doa jangan lupa tau!” kata Faye menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam satu hantaran berbeza, Faye juga menitipkan pesanan agar orang ramai tidak risau dengan keadaan dirinya.

“Jangan risau ya semua, saya tak down. Saya tak murung. Saya tak sedih. Malah bersyukur diberi rezeki ini utk sentiasa tahu yang Allah sayangkan saya. Sebab tu Dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri.

“Kepada yang juga mengalami masalah sama seperti saya, saya harap korang jangan sedihlah ye. Stay positive macam saya. Ada yang sembuh cepat, ada yang sembuh lambat. Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita stay positif dan rajin berusaha memperbaiki diri. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Faye yang mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 April 2017 kini sedang sarat hamil anak kedua.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Alif Azmi yang dilahirkan pada 9 April 2018, setahun selepas mereka berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

PM Maklum 23 Sukarelawan Malaysia Misi GSF Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Dijangka Pulang Ke Tanah Air Esok Atau Lusa

23 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla Malaysia dijangka tiba esok atau lusa

Hiburan Thu, 11 May 2023
Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Trending Sun, 28 Feb 2021
Hiburan Thu, 26 Mar 2026

“Padam Video, Tak Perlu Tunjuk Dosa” – PU Riz Tegur Pempengaruh Cacah Tatu Kerana Depresi

PU Riz menyeru agar individu berkenaan kembali kepada jalan yang benar serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

Trending Mon, 21 Jan 2019

走路速度越快「越不快乐」从小地方看你的人生愉悦指数

现代城市步调紧凑,步伐似乎也因为压力与时间压缩而变得急促!其实走路与个性有相当大的关联,从走路的方式,多少也能反映出一个人的特质……

error: Content is protected !!