Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 15, 2020 @ 2:26pm

Pendaftaran Perniagaan Secara PERCUMA Bagi Golongan B40

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperluaskan inisiatif mereka dengan memperkenalkan pendaftraan secara percuma buat golongan belia dan ibu tunggal kategori B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi  memaklumkan, SSM akan merangka kaedah bersesuaian bagi membolehkan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma.

Pupuk minat berniaga dan jana pendapatan

Usaha ini sekaligus dilihat bakal mencetuskan minat berniaga serta menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan ini untuk menjana pendapatan terutamanya ketika krisis Covid-19.

Selain itu, KPDNHEP melalui SSM terus giat menggerakkan sektor komuniti peniaga dan korporat yang terjejas dengan melaksanakan lapan inisiatif yang bersifat inklusif bagi mengurangkan beban masalah dan tekanan yang dihadapi sektor berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran percuma ini bolehlah layari portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia di www.ssm.com.my

Sumber : HM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Featured Sat, 9 May 2026

“Masa Nak Dialog Kalahkan Drama Samarinda, Bila Dah Transfer Dia Ghost Kita” – Sheila Rusly Kesal Diperguna Peminjam Duit

Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang gemar meminjam wang namun menghilangkan diri selepas menerima bantuan.

Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Fri, 22 Nov 2024

Sanggup Lepas ‘Job’ Beratus Ribu, Anzalna Nasir Mengaku Tak Percaya Pembantu Rumah

Anzalna memaklumkan dia tidak percaya kepada pembantu rumah walaupun kelihatan baik.

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Aisha Retno Terbuka Digelar ‘Ratu Kacip’, Tak Anggap Threads Platform Toksik – “Kebanyakannya Kelakar & Membina”

Aisha juga tidak kisah apabila ada segelintir peminat melabelkannya sebagai ‘ratu kacip’ kerana sering meninggalkan komen dan ciapan lucu di Threads.

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2026

Untung Cecah RM10,000 Sehari, Abang Sado ‘Durian Papa Muda’ Tak Serik Dikecam Walau Ada Ambil Kesempatan

Pernah viral kerana aksi lelaki bertubuh sasa menjual raja buah, Durian Papa Muda kembali meraih sorotan ramai sempena musim durian tahun ini.

error: Content is protected !!