Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2020 @ 5:57pm

MC Syze Berkolaborasi Dengan Joe Flizzow Dalam Selamba

Penyanyi rap, MC Syze kini muncul dengan single terbaru berjudul Selamba yang menampilkan penyanyi rap popular, Joe Flizzow.

Single Selamba merupakan lagu di trek ke tujuh album Syze yang berjudul Syze Does Matter yang mengandungi 13 buah lagu keseluruhannya.

Menurut Syze, dia berbesar hati memilih Joe untuk menjadi penyanyi undangan istimewa dalam lagu ini kerana perkataan selamba itu sangat menepati karakter Joe.

“Saya membesar dengan mengikuti dan mendengar lagu-lagu Too Phat. Joe merupakan seorang ikon dalam industri malah idola ramai orang termasuk saya.

“Segalanya tentang Joe merangkumi perkataan selamba dan memang kena betul dengan karakternya. Cara Joe menulis juga tidak terlalu ‘complicated’ atau sukar.

“Senang untuk pendengar dan masyarakat hadam dan menyanyikan semula. Joe merupakan mentor yang hebat untuk saya dari tahun 2004 hingga sekarang,” ujar Syze.

Menurut Joe pula, lagu Selamba dianggap sebagai sebuah penawar atau remedi untuk tahun 2020 yang dianggap memberi dugaan serta tamparan hebat untuk semua masyarakat.

“Menurut saya, pada akhirnya sesebuah lagu kena sedap, tidak kiralah dengan siapa kita nyanyikan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan merupakan sesuatu yang segar untuk industri muzik.

“Lagu ini mempunyai elemen R&B dan rap. Boleh saya katakan bahawa genre R&B sudah semakin kurang di Malaysia. Lagu ini memang sesuatu, ini merupakan kombinasi yang sesuai dan lagu ini senang didengar.

“Sebuah lagu yang ceria untuk mengakhiri tahun 2020 dan menjadi pembuka yang baik untuk 2021. Muzik selalu menjadi penawar untuk banyak perkara. Selamba, kami rasakan satu penawar yang hebat untuk mengakhiri 2020,” kata Joe.

Muzik video yang ditayangkan secara perdana hari ini telah diarahkan oleh ATG yang sedang membina gelombang di industri tempatan dengan menyalurkan visual dan hasil kerja kreatif untuk artis-artis seperti Zamaera dan Luqman Podolski.

Muzik video berdurasi 5:10 minit ini akan ditayangkan pada pukul 10 malam di laman YouTube MC SYZE.

Turut menampilkan Sonaone, Darren Ashley, Orumari dan Azique Beats, semestinya muzik video berkonsep filem pendek ini tidak patut dilepaskan untuk menjadi tontonan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2018

Tanah Jalan Semarak Di Serah Semula Oleh Synergy Promenade Kepada Felda

Synergy Promenade Serah Semula Tanah Jalan Semarak Kepada Felda

Trending Thu, 25 Oct 2018

The Taller You Are, the More Likely You’ll Have Cancer!

Being short is pretty good after all…

Featured Thu, 25 Feb 2021
Trending Wed, 15 Aug 2018

Kes Obesiti Makin Serius, Pemimpin Dicabar Kurus Dalam Masa Setahun

Wabak obesiti’ di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.

Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

Featured Mon, 13 Mar 2023

“Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

Well deserved! Penantian selama 16 tahun yang amat berbaloiii. Congrats Ummi ❤️❤️❤️❤️

error: Content is protected !!