Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 27, 2020 @ 3:46pm

Vokal Mania: Nak Tahu Ranking Rookie & Idol? Jom Semak Kedudukan Mereka Di Konsert Akhir

Konsert akhir Vokal Mania berlangsung dengan meriah malam tadi dan menobatkan Aina Abdul sebagai juara idol dan Aisha Retno sebagai juara rookie.

Selain itu, tiga orang idol dan tiga orang rookie lain turut memberikan persembahan bertenaga dalam program yang diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz ini.

Pada konsert akhir Vokal Mania, semua persembahan rookie dan idol dinilai oleh juri tetap Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor sebagai juri jemputan.

Jom kita semak kedudukan penuh untuk idol dan rookie serta ringkasan komen juri di malam akhir Vokal Mania.

IDOL

#1 Aina Abdul

Solo: Shadow & I Surrender

Battle vs Danial Chuer: Flashlight

Misha: Aina, perjalanan anda panjang, anda selalu beri yang terbaik. Setiap kali perform dengan rookie, Aina nak bergerak seiring dengan rookie.

Yusry: Aina, anda konsisten dalam setiap persembahan.

#2 Tomok

Solo: Ibu Kota Cinta

Battle vs Eranzz Lambert: Ghazal Untuk Rabiah

Yusry: Tomok, persembahan bagus, tapi berbanding Eranzz, kekuatan Tomok bukan pada vocal range, tapi di tenpat lain.

#3 Lan Solo

Solo: She’s Gone & Bad Romance

Battle vs Aisha Retno: Asmaradana

Adibah: Bagi saya, hari ni Aisha ‘telan’ Lan. Bermula awal, bahagian nyanyian Jawa tu, dah bagus dah. Tiba-tiba bila Aisha masuk, Lan macam ‘hilang’.

Misha: Lan, intro dah cantik dah, tapi agak hilang bila lihat ‘Puteri Gunung Ledang’.

#4 Indah Ruhaila

Solo: Run To You & Dream On

Battle vs Alif Kadim: Aku Cinta

Adibah: Saya serba salah. Alif dan Indah kedua-duanya setara, sama bagus.

ROOKIE

#1 Aisha Retno

Solo: Lelaki Teragung & Don’t You Worry Bout Thing

Battle vs Lan Solo: Asmaradana

Battle vs Danial Chuer: Roadblock Hatiku

Adibah: Suara Aisha, ada kat situ, dari segi lontaran vokal, teknikal, personaliti… Serba lengkap.

Yusry: Aisha sangat versatil. Kedua-dua lagu menunjukkan anda serba boleh.

#2 Danial Chuer

Solo: Believer & Beribu Sesalan

Battle vs Aina Abdul: Flashlight

Battle vs Aisha Retno: Roadblock Hatiku

Adibah: Saya suka dinamik anda. Ada whisper, ada soft, ada soul. Tapi nampak sangat nervous.

Misha: Nampak ketakutan, tapi anda memberikan eargasm performance.

Yusry: Ini Danial yang saya tunggu. Persembahan battle lebih baik dari persembahan pertama.

#3 Alif Kadim

Solo: Sampai Syurga & Pesan Cinta

Battle vs Indah Ruhaila: Aku Cinta

Battle vs Eranzz Lambert: Pencuri Hati

Adibah: Persembahan Alif dan Indah sama baik. Tapi bila Alif buat persembahan dan sangat enjoy, orang akan tengok serta terhibur.

#4 Eranzz Lambert

Solo: Mengapa & It’s My Life

Battle vs Tomok: Ghazal Untuk Rabiah

Battle vs Alif Kadim: Pencuri Hati

Yusry: Vocal range Eranzz bagus. Vokal Eranzz lebih jelas berbanding Tomok tetapi Tomok lebih bersahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.

Featured Fri, 4 Oct 2024

Kes Pembunuhan Sabari, Suspek Belanja RM16,000 Berjudi Di Batam

Sebaknya! Isteri mangsa pun dah anggap jambatan kampung Empa tu sebagai pusara suami😭😭

Trending Thu, 29 Nov 2018

Hubungan Meghan Markle- Kate Middleton Dingin?

Rata-rata media antarabangsa melaporkan hubungan dua wanita dalam keluarga diraja ini kini tidak sehaluan. Betul ke ni?

Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

“Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Siti Nurhaliza sendiri mengakui susah untuk menyanyi 4 hari berturut-turut.

Featured Sun, 5 Feb 2023
Hiburan Wed, 6 Aug 2025

Syamel Kembali Dengan Lagu Balada Terbaharu ‘Berakhir Kita’

Lama tak dengar Syamel nyanyi lagu balada!

Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Fri, 12 Jun 2026

Noor Nabila Dedah Ciri Lelaki Green Flag, Siap Kongsi ‘Relationship Advice’ – “Utamakan Diri Sendiri Baru Orang Lain”

Noor Nabila berkongsi pandangannya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap sebagai ‘green flag’ dalam sesebuah hubungan

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!