Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 2, 2021 @ 7:26pm

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Pengacara dan pelakon Akhmal Nazri, 29, selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Alyssa Joanne, 28, pada 31 Disember lalu.

Sudah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan itu selamat dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami hanya bernikah di pejabat agama, selepas itu kami mengadakan majlis doa selamat bersama 30 orang ahli keluarga terdekat sahaja di Cyberjaya.

“Insya-Allah, resepsi bakal di adakan di Sarawak dan Perak selepas sambutan Hari Raya nanti, tetapi semuanya mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya sudah lebih empat tahun mengenali hati budi Lyssa. Kami mula berkenalan ketika saya mengacarakan sebuah program di stesen TV berbayar.

“Ketika itu, dia menjadi tetamu untuk program terbabit. Kami mula rapat dan menjalin cinta. Saya melamarnya pada hujung November 2019 dan bertunang pada 25 Disember 2019.

“Alhamdulillah, biarpun pandemik COVID-19 melanda tahun 2020, segalanya dipermudahkan dan apa yang penting, kami sudah menyelesaikan apa yang wajib,” kata Akhmal ketika dihubungi Xtra.

Sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, pasangan ini tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai cahaya mata.

“Soal anak, kami serahkan kepada rezeki. Kalau boleh, saya nak enam orang anak tetapi semuanya kami serahkan kepada ketentuan takdir.

“Kerjaya seni saya selepas ini juga berjalan seperti biasa. Isteri pula masih berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan. Doakan kami murah rezeki selepas berkahwin,” katanya lagi.

Menurut Alyssa yang pernah menyertai AF2015, dia menempuhi dugaan sebelum bergelar isteri.

“Saya berasal dari Sarawak dan keluarga saya berada di sana. Mereka boleh terbang ke sini, tapi SOP agak ketat apabila keluarga saya mahu kembali pulang ke sana.

“Mereka harus menjalani kuarantin dan ujian calitan. Sebenarnya, saya sedih apabila keluarga tak dapat datang untuk menyaksikan hari bahagia kami,” katanya.

Tambah Alyssa, dia berharap agar pandemik dapat dikawal atau cepat berlalu pergi agar mereka dapat kembali sebagai satu keluarga.

“Mereka hanya saksikan kami menerusi panggilan video sahaja. Memang dugaan itu membuatkan saya agak sedih tetapi insya-Allah kami akan bersatu semula apabila keadaan kembali tenang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Thu, 22 Jul 2021

Bantuan RM 500 Selama 3 Bulan Masih Dibuka Untuk OKU, Jom Mohon!

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun […]

Featured Mon, 25 Aug 2025

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Abby dilihat seolah-olah bersetuju dengan pendapat warganet.

Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Dari Sitkom Ikonik Ke Pentas Mega, Senariounion Umum Konsert Mega ‘The Last Kopek’ Sempena 30 Tahun

Senariounion kembali ke pentas menerusi konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun pada 25 April di Idea Live Arena!

Hiburan Fri, 11 Apr 2025
Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Featured Tue, 7 Jan 2025
Featured Thu, 8 Dec 2022

Risau Anak-Anak Kurang Kasih Sayang, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Rancang Tambah Zuriat – “Syukur Ada 4, Kalau Lebih Tu Bonus”

Keluarga bahagia ni ❤️ Aeril kata akan berlakon semula selepas 2 tahun berehat! Fuhh tak sabar

error: Content is protected !!