Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 2, 2021 @ 8:14pm

Lia Natalia Pasrah Tak Jadi Kahwin – “Persiapan Dah Selesai 70%, Shooting Pre-Wedding Pun Kami Dah Buat…”

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa, Lia Natalia reda apabila perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki pada Disember lalu tidak kesampaian.

Menurut Lia, 28, atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, persiapan perkahwinan sudah pun dibuat kedua-dua belah pihak.

“Saya dah kenal dia setahun lalu dan menyulam cinta. Sepatutnya, kami merancang untuk berkahwin pada Disember lalu. Foto pra-perkahwinan pun sudah dirakamkan pada September.

“Sejujurnya, persiapan perkahwinan boleh dikatakan sudah pun diselesaikan kira-kira 70 peratus, termasuk soal tempahan lokasi, hantaran, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya.

“Namun, akhirnya kami tak jadi kahwin. Saya pasrah, sudah tiada jodoh di antara kami,” katanya.

Ketika disoal mengenai punca mereka membatalkan perkahwinan, gadis yang berasal dari Sabah ini mahu menyimpan kemas perkara terbabit.

“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

“Sebolehnya, saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu,” katanya. 

Tambah Lia lagi, keluarganya memberikan sokongan dan semangat sejurus diberitahu mengenai keputusan terbabit. 

“Sudah tentu saya rasa sedih, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Keluarga saya reda dan faham dengan situasi yang berlaku antara kami.

“Awalnya mereka terujalah bila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu. 

“Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga. 

“Cuma buat masa sekarang saya tidak mahu untuk kenangkan apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya fokus dalam lakonan sahaja. 

“Soal cinta tolak tepi dulu, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dan alhamdulillah, saya bersyukur kerana teman-teman rapat pun ada di sisi memberikan kekuatan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Trending Sat, 7 Mar 2026

Larrie Anak Malaysia Tampilkan Destinasi Menarik Serta Kekayaan Budaya Tempatan

Mengangkat tema ‘Larrie, Anak Malaysia for Visit Malaysia 2026’, jenama fesyen dan kasut tempatan itu mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre

Trending Tue, 6 Nov 2018

Ingatkan Sakit Perut Biasa… Rupa-Rupanya Usus Dah Pecah!

Semoga adik Naufal terus kuat dan boleh beraktiviti seperti biasa…

error: Content is protected !!