Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 6, 2021 @ 5:59am

Raihan, Rabbani & Inteam Buat Persembahan Secara Maya, COVID-19 Bukan Penghalang Nasyid Ke Persada Antarabangsa

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan-kumpulan nasyid dari Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini kumpulan Raihan, Rabbani dan Inteam telah dijemput mengadakan persembahan di atas talian untuk sebuah acara tahunan yang dianjurkan di Toronto, Kanada iaitu Reviving Islamic Spirit Covention atau ringkasnya RIS.

Azadan dari kumpulan Rabbani ketika ditemuramah berkata, semua yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

“Alhamdulillah, hikmah yang baik dari wabak kali ini ialah kami berpeluang mengadakan persembahan di luar negara secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keluarga untuk tempoh perjalanan ke luar negara yang lama dan pastinya memenatkan.

“Walaupun tidak dapat ke Kanada, namun mesej dakwah yang kami cuba bawa melalui lagu-lagu nasyid kami masih tetap dapat disebarkan bukan sahaja kepada penonton di Kanada, bahkan seluruh dunia yang menyertai konvensyen secara maya ini,” katanya.

Manakala Hazamin dari kumpulan Inteam pula bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak antarabangsa.

“Alhamdulillah, kami akan terus membakar semangat agar terus mengikut jejak langkah abang-abang kami dari Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers untuk terus melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia melalui nasyid.

“Kami bersyukur kerana kali ini kami diberi kepercayaan oleh penganjur antarabangsa RIS ini untuk kami menguruskan rakaman kandungan dan pengurusan artis bagi segmen persembahan Artis Malaysia di dalam acara berprestij seperti RIS Convention ini,” tambahnya.

Manakala wakil kumpulan Raihan, Che Amran pula menyambut baik aturan norma baharu yang diamalkan seluruh dunia.

“Alhamdulillah, dari pengalaman kami mengembara ke serata dunia menyampaikan nasyid, kami lihat nasyid Malaysia sangat diterima di peringkat antarabangsa dan kali ini kami berpeluang pula meneruskan persembahan luar negara melalui persembahan norma baharu secara atas talian.

“Saya merasakan, inilah masanya yang sangat sesuai untuk pihak kerajaan Malaysia membantu dan menyokong kumpulan-kumpulan Nasyid membawa nama Malaysia dan menjenamakan Nasyid Malaysia di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Persembahan Raihan, Rabbani dan Inteam telah ditayangkan secara langsung melalui laman sesawang RISConvention.com baru-baru ini pada 27 Disember lalu dan dapat ditonton oleh peserta-peserta konvensyen tersebut yang membayar tiket bernilai 25 dolar dari seluruh dunia.

Mereka telah menyampaikan lagu-lagu antaranya Thank You Allah, Allahu, Ahmad Ya Habibi, Maulana, Qamarun, Salamun Salam, Tola’al Badru dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Apr 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022

Tasha Shilla Selamat Bersalin Bayi Kedua, Pilih Nama Nyla Kaadira

Wah tahniah Tasha dan suami! Dah sepasang dah 😍

Events Fri, 11 Feb 2022
Featured Fri, 30 May 2025

Diharamkan Masuk Singapura Seumur Hidup, Tony Eusoff Kemuka Rayuan -“Siapa Suruh Saya B*doh”

Tony Eusof dibanned masuk Singapura akibat isu dadah yang berlaku pada 2016.

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024

Belajar Dari YouTube, Puteri Balqis Anggap ‘Speaking’ Dialek British Tak Bongkak

Dah la cantik, hebat berlakon, bijak pula tu 🤩🤩

Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

error: Content is protected !!