Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 30, 2025 @ 4:01pm

Diharamkan Masuk Singapura Seumur Hidup, Tony Eusoff Kemuka Rayuan -“Siapa Suruh Saya B*doh”

Pelakon Tony Eusoff mendedahkan dirinya disekat daripada memasuki Singapura seumur hidup.

Sekatan itu berpunca gara-gara insiden melibatkan kes dadah yang pernah tular sekitar tahun 2016.

Menurut Tony, walaupun sudah beberapa kali membuat permohonan secara dalam talian untuk memasuki semula negara tersebut, namun sehingga kini, dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa Singapura.

“Seperti yang anda semua tahu saya pernah di banned untuk masuk ke sana (Singapura) sehingga ke hari ini. Semenjak kes saya dulu (dadah).

“Tapi saya boleh kembali aktif selepas saya dua tahun saya dibebaskan cuma saya dah minta maaf dua tiga kali tapi masih belum mendapat jawapan.

“Tapi yang menghairankan saya adalah, pada tahun lepas saya terlibat dalam satu series di sana dibawah stesen Suria,” katanya.

Perkara itu dikongsi Tony atau nama lengkapnya, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, ketika ditemui usai Tayangan Perdana Mencari Ramlee yang diadakan di GSC Midvalley Megamall pada Khamis.

Masih terima tawaran

Mengaku insiden yang berlaku berpunca daripada salah sendiri, Tony bagaimanapun menghormati keputusan pihak berkuasa negara berkenaan sekaligus bersyukur dia masih menerima tawaran lakonan di stesen televisyen negara tersebut.

“Benda ni saya cuba nak appeal  secara online dan ada web rasmi imigresen tapi saya nak salahkan siapa, itu salah saya sendiri.

“Well, siapa suruh saya bodoh pada ketika itu, siapa suruh saya cuai. Tapi saya akur saya yang tak menghormati undang-undang negara itu.

“Apa pun saya masih berysukur kerana masih diberikan tawaran berlakon di stesen televisyen mereka.

“Tapi disebabkan saya tak boleh nak masuk, mereka bawa set masuk ke Malaysia supaya saya boleh jalani penggambaran.

“Dan saya rasa pelik, sebab saya dicalonkan untuk satu anugerah tapi saya tak ingat. Dia macam ironi sebab negara yang banned kita tapi dia jugayang  calonkan,”  jelasnya.

Peminat luah rasa rindu

Dalam pada itu, Tony juga mengakui ada peminat Singapura yang sanggup hadir pada tayangan filemnya malah, tetap memberi sokongan dengan menonton cerita-cerita lakonannya yang ditayangkan di Netflix.

“Sebelum ini ada yang sanggup datang menyaksikan filem saya juga dan pada tahun 2015 tu ada je peminat Singapura yang datang untuk bertemu.

“Tapi sekarang ini ada peminat yang menghantar mesej dalam media sosial dan berkngsi mereka masih menonton cerita saya yang ada di Netflix,” ujarnya.

Selain Tony, filem Mencari Ramlee ini turut dibintangi barisan pelakon hebat tanah air seperti, Sofea Jane, Mimi Lana, Megat Sharizal, Amerul Affendi dan ramai lagi.

Mencari Ramlee arahan Megat Sharizal ini mengisahkan tentang penghormatan tulus buat lagenda Tan Sri P. Ramlee yang kekal mekar dalam jiwa rakyat Malaysia.

Dibaluti dengan tema nostalgia dan gaya klasik, filem ini dijangka bakal mencuri perhatian ramai di pawagam seluruh negara bermula 19 Jun 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awin “Queen Control?” Izzue Islam Tidak Kisah

Bagi Izzue, beliau akan berkongsi setiap perkara bersama isterinya kerana mahu bersikap jujur. Bukan kerana terpaksa atau takut kepada isteri

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

“Lagu Ini Ibarat ‘Anak’, Kalau Dah Bagi Bukan Boleh Ambil Balik…” -Amylea

Bukan calang-calang kalau 4 dari 6 buah lagu hasil nukilan penulis lirik, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea ini masuk ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 34. Lagu-lagu yang dipertandingkan itu […]

Featured Tue, 17 Jun 2025
Events Wed, 9 Jan 2019

8TV Sambut Ulangtahun Dengan Aktiviti Amal Kempen CNY So Happy!

Happy Birthday 8TV dan Happy Chinese New Year rakyat Malaysia!

Trending Mon, 1 Oct 2018

The New Retirement Age in Malaysia is 95-Years-Old?!

Tun Dr Mahathir said so himself!

Featured Tue, 1 Mar 2022
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

John Legend and Red Velvet’s Wendy Collaborate in New Song

They’re pushing out a new song together!

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

error: Content is protected !!