Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 8, 2019 @ 8:58pm

“Lagu Ini Ibarat ‘Anak’, Kalau Dah Bagi Bukan Boleh Ambil Balik…” -Amylea

Bukan calang-calang kalau 4 dari 6 buah lagu hasil nukilan penulis lirik, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea ini masuk ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 34.

Lagu-lagu yang dipertandingkan itu adalah, ‘Tiada Dirimu’ yang dinyanyikan oleh Shila Amzah, ‘Bimbang’ oleh Marsha Milan, ‘Tetap Kamu’ nyanyian Amylea X Megat dan ‘Pudar’ nyanyian Intan Ruhaila. Ketiga-tiga lagu selain ‘Pudar’ adalah kerjasama Amylea bersama komposer Farouk Roman. 

Amylea yang sering berkolaborasi dengan Farouk Roman dalam mencipta lagu  menyifatkan Farouk sebagai seorang yang teliti dan menjaga kualiti lagu-lagu yang dihasilkan.

“Bagi ciptaan lagu-lagu yang akan digunakan sebagai runut bunyi bagi drama atau filem, selalunya Amylea akan membaca skrip drama atau filem tersebut dan akan beritahu saya jalan cerita sebelum saya fikirkan melodi untuk drama itu.  Mungkin sebab itu bila orang dengar lagu yang dihasilkan mereka cepat ‘tangkap’ sebab saya akan cipta melodi yang saya rasa sesuai dengan jalan cerita.” jelas Farouk kepada Xtra semasa ditemui di persidangan akhbar Muzik-Muzik  34 Separuh Akhir (SFMM34) 

Menurut Amylea,dia berharap keempat-empat lagu yang akan dipertandingkan semasa SFMM34 akan masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu nanti

“Kalau saya secara peribadi saya nak keempat-empat lagu saya ke Anugerah Juara Lagu kerana setiap lagu naskahnya berbeza dan kesemuanya ada kualiti dan kekuatan masing-masing.

“Alhamdullillah, juri dapat dengar kekuatan lagu kami dan rasa layak untuk dipertandingkan pada peringkat separuh akhir nanti,” ujar Amylea.

Menganggap lagu-lagu yang diciptakan umpama ‘bayi’nya sendiri, Amylea dan Farouk menitik berat pemilihan penyanyi, cara penyampaian penyanyi tersebut, sama ada lagu itu akan menjalani promosi dari segi siaran radio, dan cara pemasaran lagu tersebut, semuanya di ambil kira.

“Kami bukan jenis komposer dan penulis lirik yang lepas tangan selepas mencipta lagu. Banyak kali kami berbalah untuk hasilkan lagu yang berkualiti, semuanya semata-mata untuk menghasilkan yang terbaik.

“Kami bersyukur juga sebab dapat penyanyi yang tak banyak songeh. Sama ada penyanyi lama atau ‘BBNU’, kami tak ada masalah untuk bekerjasama tapi biarlah yang takde ‘attitude problem’ sebab lagu ini ibarat ‘anak’. Kalau dah bagi bukan boleh ambil balik. Kalau kita dah bagi kat penyanyi tu kita harap dia’ jaga’ betul-betul.

“Bila Farouk dah tulis sesuatu lagu dan dia beri saya melodinya, kami akan ke studio dan saya akan nyanyikan demo dan kami berdua akan tentukan ‘feel’ lagu tu dan selepas tu penyanyi tu akan ‘tiru’ feel tersebut. Kami takkan kompromi bab penyampaian,”jelas Amyle lagi. 

Menyifatkan lagu ‘Sumpah’ nyanyian dan ciptaan Naim Daniel sebagai saingan sengit, Farouk merasakan lagu itu cukup ‘package’, ada nilai komersil, popular dan susunan muzik yang berkualiti.  

Sebanyak 30 lagu akan berentap di pentas SFMM 34 pada 15, 22 dan 29 November nanti. Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni, jangan lupa saksikan siaran langsung SFMM 34 pada setiap hari Jumaat , jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentra, Shah Alam atau melalui www.tonton.com.my

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Khai Bahar Tak Bimbang Jika Netizen Beri Gelaran Pelakon Kayu

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mengakui tidak risau jika orang ramai menggelarnya sebagai pelakon ‘kayu’. Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sudah menerima pelbagai kritikan netizen. Bagaimanapun, Khai mengambil segala maklum balas […]

Hiburan Tue, 31 Mar 2026
Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

error: Content is protected !!