Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 6, 2021 @ 6:03am

“Tak Pergi Ke Mana-Mana Pesta…” – Positif COVID-19 Selepas Pulang Bercuti Di Langkawi, Harris Annuar Dikecam Netizen

Pelakon baru, Harris Annuar dikecam hebat oleh wargamaya selepas mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Semuanya kerana beberapa keping foto percutian Harris bersempena tahun baharu 2021 di Pulau Langkawi, Kedah yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Ramai mendakwa Harris bercuti di tempat yang sesak serta berisiko, dilihat tidak memakai pelitup muka serta lebih buruk, ada yang menuduh Harris berpesta di sebuah hotel.

Menjawab persoalan terbabit, pihak pengurusan Harris, Absolut Management mengeluarkan kenyataan rasmi dan ia disiarkan di laman Instagram Harris.

Berikut merupakan kenyataan penuh pihak pengurusan Harris:

Menerusi kenyataan terbabit, pihak pengurusan Harris juga turut berkongsi tentatif perjalanan dan lokasi yang dilawati oleh personaliti media sosial itu.

Terdahulu, Harris menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 pada Isnin lalu.

Harris mendapat perkhabaran terbabit selepas menjalani ujian calitan di sebuah klinik swasta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Trending Tue, 9 Feb 2021
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

error: Content is protected !!