Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 17, 2021 @ 2:00pm

‘Tudung Periukʼ Buah Tangan Terbaru Dayang Nurfaizah

Penyanyi tersohor yang sudah meraih pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah akan melancarkan album studionya yang kesembilan dan dijudulkan sebagai Belagu.

Album yang hadir dengan lapan buah lagu ini mengetengahkan intrepretasi segar Dayang Nurfaizah dan disempurnakan dengan susunan dan gubahan muzik oleh penerbit tersohor, Aubrey Suwito. 

Lagu Tudung Periuk bakal menjadi trak pertama dari album ini yang akan dilancarkan kepada umum.

Menurut Dayang, pemilihan Tudung Periuk sebagai lagu pertama adalah kerana kemahsyuran lagu itu di kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi.

“Liriknya yang begitu puitis disempurnakan lagi dengan melodi yang mengasyikan, Tudung Periuk cukup jelas mempamerkan esen muzik tradisional Melayu.”

“Kami melancarkan lagu ini terlebih dahulu sebagai pembuka kepada semua peminat supaya mereka tahu apa yang bakal kami sajikan kepada mereka sepenuhnya apabila album ini dilancarkan sepenuhnya kelak. ”

Belagu diterbitkan oleh syarikat milik Dayang Nurfaizah sendiri DN & AD ENTERTAINMENT SDN BHD dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Tudung Periuk boleh didengari sekarang di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 Januari 2021 dan album Belagu edisi digital akan dilancarkan pada 12 Febuari 2021. ‘Pre-order, pre-add, pre-save’ di semua platform digital sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 31 Dec 2023

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Alhamdulillah, dah sedar. Semoga suami terus sihat seperti sedia kala…Amin🤲🏻

Trending Sat, 17 Jul 2021
Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Thu, 17 Mar 2022

Muat Naik Hantaran Tak Sempat Bercinta, Sherry Alhadad Buka Peluang Jejaka Luar Untuk Berkenalan!

Sherry ni dah la cantik, kelakar juga tu.. Apa lagi jejaka sekalian, silalah perkenalkan diri korang! Hihi

Events Tue, 27 May 2025

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Nora menafikan kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai spontan.

Featured Sun, 2 Jan 2022

Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru. Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa […]

Hiburan Thu, 16 Apr 2026

MonoloQue Hidupkan Semula ‘Pujaan Hatiku’ Dalam Versi Lebih Intim

Versi terbaharu Pujaan Hatiku tampil dengan pendekatan berbeza apabila disusun secara minimalis.

error: Content is protected !!