Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2021 @ 10:51am

Saharul Ridzwan Terkejut Pendapatan 2 Kali Ganda Sewaktu PKP

Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan pendapatan yang diperoleh pada tahun 2020 ketika dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 adalah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Saharul, dia terkejut selepas melihat penyata pendapatan miliknya yang direkodkan tahun lalu ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika PKP tahun lalu, saya meneruskan survival dengan duit simpanan dan duit iklan. Apabila saya menyemak penyata bank untuk tujuan  pembayaran cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya terkejut.

“Pendapatan saya dua kali ganda pada 2020 ketika COVID-19 berbanding 2019. Sejujurnya, saya sendiri pun tak tahu mana rezeki itu datang. Alhamdulillah, pada tahun lepas juga saya selesaikan semua hutang dengan manusia.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Mungkin itu adalah rezeki daripada anak-anak saya agaknya,” katanya.

Saharul ditemui pada majlis pelancaran pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah pelakon Zoey Rahman, pelawak Achey dan Ketua Pengawai Eksekutif Palut’s Food, Ridzuan Ansar.

Mula berjinak dengan dunia keusahawanan, Saharul mahu merencana masa hadapan bersama keluarga.

“Sekarang saya memang aktif berlakon, tetapi jika satu hari nanti, kalau ada apa-apa yang terjadi kepada saya, mesti pendapatan terjejas. Apa yang boleh jadi ‘back up’ untuk saya menyara keluarga?

“Saya sudah mula memikirkan apa yang terjadi 10 tahun akan datang. Semuanya demi anak. Jadi, saya mula menjinakkan diri dengan perniagaan dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama.

“Seperti produk Palut’s Food ini, saya yakin untuk menjalin kerjasama dengan mereka. Produk mereka naik sewaktu PKP dan menunjukkan impak positif.

“Saya mahu belajar lebih banyak selok belok dalam dunia keusahawanan untuk menjadi bekalan di masa akan datang, Insya-Allah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Sep 2019

Pesawat Tiba-Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30,000 Kaki

Tak dapat bayangkan betapa cemasnya jika berada didalam situasi sebegini

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

Hiburan Fri, 30 Aug 2024
Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Wed, 5 May 2021

Bantuan RM 500 Buat Peniaga Bazaar Selangor Yang Terjejas

Mulai 8 Mei ini, operasi di semua Bazar Ramadan di seluruh Selangor tidak akan dibenarkan. Justeru, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas […]

Featured Fri, 25 Nov 2022
error: Content is protected !!