Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2021 @ 6:06am

Tampilkan FT, Nana, Jac & Tuju, Jom Suntik Semangat Positif Menerusi #BaikSemula

Pandemik COVID-19 sememangnya dirasai oleh semua warga dunia dan rakyat Malaysia juga tidak terkecuali.

Memburukkan lagi keadaan, beberapa bahagian negara kita ditimpa bencana banjir besar yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan turut meninggalkan kesan tragik kepada beberapa keluarga mangsa yang kehilangan anggota keluarga.

Untuk menyuntik semangat positif, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) berbesar hati dapat bekerjasama dengan penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja bersama, Celcom XPAX dan Sabella serta rakan penaja Shell memperkenalkan inisiatif #BaikSemula agar rakyat Malaysia terus bangkit dan tabah meneruskan kehidupan harian.

#BaikSemula merupakan sebuah lagu istimewa yang dibawakan oleh AJL35 bertujuan untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.

#BaikSemula, sebuah hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju K-Clique yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mengisahkan pelbagai cabaran yang telah rakyat Malaysia harungi.

Namun, perjuangan menentang pandemik COVID-19 masih belum tamat dan dengan norma baharu, kita harus terus berjuang dan tidak melupakan tanggungjawab kita bersama demi #BaikSemula!

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa

Tak Habis Lagi Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa 3 Lelaki Di Rumah Perlindungan

Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Trending Thu, 18 Jul 2019

Hidup Jangan Sombong, Ambil Iktibar Dari Kisah Pekerja Kilang Ini!

Nah…pengajaran dia, sentiasa jadi orang yang merendah diri, penyayang dan hormat kepada sesiapa tanpa mengira pangkat atau darjat.

Featured Mon, 27 Sep 2021

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober Ini

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini. Kenyataan itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media akhbarnya sebentar tadi. “Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana […]

Hiburan Thu, 2 Mar 2023

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

error: Content is protected !!