Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Maya Basir July 17, 2023 @ 4:00pm

Jurugambar Wanita Kena Hendap Selama 8 Tahun, Terima Gangguan S*ksual… Netizen Berang ‘Stalker’ Masih Bebas & Aktif Di Media Sosial!

Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang jurugambar wanita bernama Acacia Diana mendedahkan dia tidak tahan lagi diganggu seorang lelaki selama lapan tahun.

Dakwa Acacia, lelaki yang dikenali sebagai Safiq Rosli mula menganggunya pada tahun 2016 dengan sering meninggalkan komen di blog dan sosial media miliknya seakan berkhayal mereka mempunyai hubungan percintaan.

Malah, dia turut menghantar video dan gambar kemaluannya sejak awal tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Acacia Diana (@acaciadiana)

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut sanggup mengikuti jurugambar itu ke London, United Kingdom, tempat Acacia bekerja serta menghadiri setiap acara yang melibatkan wanita itu.

Namun, sehingga hari ini lelaki tersebut masih bebas dan masih aktif di media sosial seperti tiada apa yang berlaku.

Perkara ini turut membuatkan netizen hairan dan mereka meluahkan rasa berang di laman sosial, terutamanya Twitter.

Antara sebab ‘stalker’ atau penghendap itu masih bebas adalah kerana tiada undang-undang yang boleh diambil ke atas gangguan menghendap sebagai jenayah selagi tiada serangan fizikal, sebelum ini.

Setelah cerita tersebut tular, Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menasihatkan Acacia untuk membuat laporan polis baru agar kes itu boleh disiasat.

Undang-undang baru Seksyen 507A Kanun Keseksaan baru sahaja berkuatkuasa pada bulan April, tahun ini yang menyifatkan menghendap mangsa secara fizikal dan dalam talian sebagai satu jenayah.

“Section 507A was only approved in April this year. So, she has to start afresh,” kata Nancy.

Menerusi perkongsian Acacia di Twitter, laporan polis baru sudah dibuat pada 16 Julai dan sedang menunggu untuk diambil tindakan seterusnya.

Menurut Acacia, gangguan tersebut membuatkan dirinya berasa tidak selamat, hilang keyakinan diri serta menganggu pendapatannya yang banyak menggunakan platfom sosial media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

Featured Thu, 16 Mar 2023
Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Dukes Luah Luka Terpendam Dalam ‘Bila Kau Datang Menangis’

Dukes berkata proses merakam lagu ini tidak mudah kerana ia menuntut sepenuh komitmen dari emosi.

error: Content is protected !!