Trending By: Padin February 4, 2021 @ 7:04pm

Tokoh Terkemuka Dalam Bidang Perniagaan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Kongsi Pandangan Mengenai E-Dagang & IR 4.0

Nama Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kewangan Malaysia.

Dikenali dan disegani ramai kerana kredibilitinya, Johari merupakan salah seorang ahli politik terkemuka di Malaysia dan pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan Kedua bermula 2016 sehingga 2018.

Menelusuri latar belakang figura ini, Johari dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Pandan di Kuala Lumpur, dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kuala Lumpur.

Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Institut Teknologi MARA (ITM) dan memperoleh Diploma Perakaunan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan dan meraih Sijil Akauntan Bertauliah Antarabangsa (ACCA) di United Kingdom.

Seterusnya, Johari menjadi ahli Persatuan Berkanun Akauntan Bertauliah pada tahun 1988 dan dianugerahkan Fellowship of the Chartered Association of Certified Accountants pada tahun 1993.

Johari memulakan kerjayanya di salah sebuah institusi perakaunan antarabangsa firma Peat Marwick & Co, yang kini dikenali sebagai KPMG sebagai juruaudit.

Semenjak itu, figura ini telah memegang beberapa jawatan kanan dalam arena korporat dan telah membantu banyak syarikat terkenal Malaysia serta nama Johari sangat terkenal dalam industri pasaran pantas pengguna.

Dalam pada itu, Johari mempunyai banyak pegangan saham di KFC Holdings di mana menguruskan jenama seperti KFC, PizzaHut dan Ayamas, mengubahnya menjadi syarikat yang mempunyai pasar modal lebih daripada RM4 bilion.

Dalam perkembangan terbaharu, Johari merupakan pengasas dan memegang mandate sebagai Pengerusi Yayasan Bena Nusa.

Ia diwujudkan untuk memberi bantuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan meningkatkan hasil pendidikan untuk kanak-kanak miskin bandar.

Dalam pada itu, Johari mempunyai pendapat bernas tersendiri mengenai sistem e-dagang serta pengaruhnya yang semakin meningkat pada masa kini dalam kalangan masyarakat.

Dengan situasi wabak COVID-19 yang memberikan kesan buruk kepada sektor runcit di Malaysia dan global, Johari mengatakan bahawa e-commerce adalah platform yang dapat melengkapkan dan menyokong industri peruncitan yang nyatanya sedang berada dalam fasa yang sukar.

Bagi Johari, melihatkan kepada situasi terdahulu, rakyat mungkin tidak dapat menjalankan sektor peruncitan jika terjejas dengan pandemik sebegini.
Namun begitu, sektor peruncitan dewasa kini sudah berkembang atas talian dan akan menambahkan lagi daya saing dalam sektor ekonomi.

Ditanya mengenai perkembangan industri 4.0, Johari melihat kerajaan kini berada di landasan yang tepat.

Industri ini harus dikembangkan, namun ia perlu dipacu lebih laju lagi dengan infrstruktur yang lengkap.

Tambah Johari, selagi pemain industri bergantung kepada penggunaan tenaga buruh yang terdiri daripa pekerja asing, ia bakal melambatkan perkembangan industri 4.0

Sebagai contoh, dalam industri perhotelan, ramai majikan melantik pekerja asing ekoran permintaan gaji yang rendah dari golongan ini.

Secara tidak langsung, ia memberikan kesan tersendiri dan menyekat penglibatan warga tempatan dalam industri ini.

Sumber: Majalah Malaysia Retailer
Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Dec 2021
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Trending Sun, 6 Oct 2019

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Destinasi Pelancongan Di Hanoi Jadi Kawasan Larangan Merokok

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.

Featured Fri, 26 Jan 2024
Trending Fri, 31 Dec 2021

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab. Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang […]

Featured Fri, 22 Oct 2021

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Badan Manusia

Buat pertama kalinya pembedahan pemindahan buah pinggang khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi atau penolakan daripada sistem imun penerima. Kejayaan yang berpotensi besar ini dapat membantu mengurangkan kekurangan organ manusia untuk […]