Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 12, 2021 @ 8:54pm

2 Jam Dilancarkan, Album Terbaru Dayang Nurfaizah Daki Tangga Pertama di iTunes

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang meletakkan album klasik terbarunya, Belagu di tangga nombor satu carta iTunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam.

Album studio terbabit yang menghimpunkan khazanah lagu terbaik tempatan dan nusantara dan diberikan nafas baru oleh Dayang mula diedarkan hari ini.

“Saya diberitau pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriman muzik tepat jam 12 malam tadi dan dua jam selepas itu ia berada di tangga nombor satu di carta album paling laris jualan di Itunes Apple Store.

“Alhamdullilah! Segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini nampaknya berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik,” katanya.

Jelas Dayang lagi, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album Belagu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dayang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian menghasilkan Belagu terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Album Belagu menghimpunkan lagu klasik antaranya Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga.

Penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut membuat kemunculan istimewa dengan mendendangkan lagu Gurindam Jiwa secara duet dengan Dayang.

Album Belagu berupa projek khas Dayang yang mana kerja-kerja rakaman dilakukan secara langsung dengan studio khas dibina dalam sebuah gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun persediaan awal dalam merancang rakaman dapat dilakukan dengan sempurna telah berlangsung sepanjang tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 20 Dec 2024
Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham […]

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

error: Content is protected !!