Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 14, 2021 @ 3:41am

“Saya Tak Tahu Apa Yang Bakal Jadi Nanti” – Nabila Razali Bersedia Dengan Segala Kemungkinan AJL35

Penyanyi Nabila Razali yang kini giat menjalani persiapan untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Pernah melalui isu yang kurang menyenangkan sehingga ia menjadi viral dalam kalangan netizen ketika menyampaikan lagu terbabit, Nabila ingin melakukan persembahan yang sehabis baik di pentas akhir nanti.

“Saya tak boleh nak tahu apa yang bakal jadi. Apa yang penting, saya giat melakukan persiapan dan merancang serta berharap semuanya berjalan lancar seperti yang telah direncanakan.

“Kalau jadi pun, nak buat macam mana. Tapi, saya harap tak akan ada apa-apa yang kurang menyenangkan terjadi nanti ketika saya menyanyikan lagu Peluang Kedua, Insya-Allah, doakan saya.

“Banyak persiapan yang saya buat, dari segi vokal, mental, fizikal. Untuk saya sendiri, mungkin lebih banyak kerja yang kena buat.

“Saya jaga pemakanan, belajar vokal dengan Datuk Syafinaz Selamat. Semoga persiapan yang saya lakukan memudahkan saya untuk menghadapi AJL35 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pematah Hati ini juga kian sibuk mengembangkan perniagaan outlet ayam goreng Ayo Fried Chicken.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja membuka outlet ketiga milik saya sendiri di Arena Food Park, Bandar Baru Selayang. Memandangkan outlet terbabit dekat dengan rumah saya, jadi saya sering habiskan masa di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Sebelum ini, saya mempunyai outlet di Melaka dan Kota Damansara. Cawangan di Selayang ini baru sahaja dibuka dua minggu dan saya sangat bersyukur kerana respons yang diterima sangat positif,” katanya yang turut membuka cawangan pisang goreng cheese jenama Munchy Muncy di tempat yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Trending Thu, 21 Jan 2021

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Info penting buat korang yang nak mohon GKP tambahan!

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Ada Peminat DM, Cakap Vida Dah Kena Rampas” – Roslan Shah Tak Cemburu, Gembira Jika DSV & Fazley Yaakob Bertemu Jodoh

Roslan Shah tidak cemburu atau berkecil hati apabila DSV hangat dikaitkan dengan Datuk Fazley Yaakob.

error: Content is protected !!