Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 16, 2021 @ 9:00pm

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan!

Bermula esok, 17 Februari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM.

Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi.

Menerima pelbagai respons positif wargamaya terutamanya ibu bapa, DidikTV membuatkan mereka teruja kerana dengan adanya platform terbabit, ia dilihat sebagai salah satu langkah yang cukup progresif dalam usha memperkasakan lagi sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada.

Menjadikan saluran ntv7 sebagai platform siaran, DidikTV menampilkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan!

Dengan bantuan grafik dan animasi yang menarik, pelajar tak mudah bosan dan ia membuatkan sukatan pelajaran lebih mudah untuk dikongsikan.

“Dengan kewujudan DidikTV, saya berharap agar anak saya lebih memberikan tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Kalau belajar secara online, susah saya nak pantau kerana dia guna telefon bimbit. Ni kalau sudah tayang di kaca televisyen, memang jelas sangat proses P&P yang dijalankan. Kita ibu bapa pun tak rasa bimbang,” kata Arbaiah Subeh yang merupakan ibu kepada Nur Khairina Baharom pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.

Arbaiah juga berharap dengan adanya DidikTV, proses pembelajaran anak bongsunya menjadi lebih efektif dan ibu kepada empat orang cahaya mata ini menyokong penuh inisiatif yang telah diambil oleh KPM ini.

Sebelum ini, KPM pernah menyediakan program TV Pendikan melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@ntv7 tetapi buat pertama kalinya, saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial iaitu DidikTV@ntv7 diperkenalkan dengan pengisian pendidikan dari jam 7 pagi hingga hingga 12 tengah malam setiap hari.

Bakal diatayangkan di ntv7, DidikTV juga boleh boleh tonton melalui beberapa siaran lain seperti Astro di saluran 147, saluran 107, MYTV atau melalui ntv7 di TV unifi.

Bagi anda yang memiliki set TV digital bersepadu (iDTV), anda boleh menggunakan antena dan lakukan penalaan automatik untuk mendapatkan saluran DidikTV ini.

Jadi, jangan lupa untuk tune-in ke saluran ntv7, TV3, MHI & KPM pada jam 8 pagi esok bagi sama-sama menyaksikan Perdana Menteri kita menyempurnakan pelancaran DidikTV!

Semoga usaha murni KPM dijadikan sebagai batu loncatan dalam usaha pelajar menguasai pembelajaran PdPR dengan lebih baik.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Jul 2021

PEMULIH: Jom Semak Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP!

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tak ketinggalan mendengar pembentangan tu kan? Kalau […]

Events Wed, 22 Feb 2023
Featured Mon, 9 Mar 2026

“Kekuatan Seorang Isteri Adalah Dari Pasangannya”- Siti Elizad

Menurut Elizad, seorang wanita sebenarnya mampu menerima pelbagai ujian dalam kehidupan, namun sokongan dan perhatian daripada pasangan tetap menjadi faktor paling penting dalam sesebuah keluarga.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Trending Wed, 14 Nov 2018

起床后先做4件事!上班更有能量,效率更高

人生有许多残酷的现实,像是下着雨的早晨却还是要上班去;别让这样的情绪导致你每日加班,早上醒来先做这4件事。

error: Content is protected !!