Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 23, 2021 @ 2:07pm

Vaksin Covid-19 : Malaysia BUKAN Mangsa Uji Kaji

Menurut  Pengurus Besar Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M Murallitharan, rakyat Malaysia tidak dijadikan mangsa uji kaji kerana vaksin Covid-19 telahpun diberikan kepada 30 juta orang di seluruh dunia dan terbukti penggunaan vaksin tersebut adalah selamat.

Selain itu, penghasilan vaksin atau apa sahaja ubat-ubatan perlu melalui beberapa fasa percubaan untuk memastikan ia selamat digunakan. Malah, penghasilan vaksin juga adalah dalam tempoh yang sangat singkat kerana teknologi penghasilan vaksin telahpun wujud sebelum ini.

” Satu daripada petunjuk yang sangat jelas berapa ramai yang telah mengambil vaksin (Covid-19). Setakat kira-kira seminggu yang lepas, lebih daripada 30 juta orang di seluruh dunia telah menerima dos tiga jenis vaksin dalam kumpulan yang besar, dan ini adalah menakjubkan… Pfizer (Pfizer-BioNTech), AstraZeneca, Moderna.

Beliau juga melaporkan bahawa  kesan sampingan vaksin Pfizer-BioNTech ini adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan kuantiti masyarakat dunia yang telah mengambil vaksin tersebut.

“Sekiranya anda bimbang, 30 juta orang telah menunjukkan bahawa vaksin ini selamat digunakan,” 

Malaysia bukan mangsa uji kaji

Menjawab pertanyaan tersebut, Dr M Murallitharan menjelaskan  ia adalah untuk memastikan virus itu tidak mudah merebak kepada masyarakat kerana,

“Apabila seseorang telah dijangkiti Covid-19, mereka berjalan-jalan dan sebarkan kepada orang lain, tetapi individu yang telah divaksin di sekeliling mereka, tidak akan mendapat virus itu.
“Apabila mereka tidak dijangkiti virus itu, mereka tidak dapat menularkannya. Jadi walaupun kita mempunyai sebilangan kecil orang yang mempunyai Covid-19, mereka tidak dapat menyebarkan virus itu kepada orang lain,”jelasnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar orang ramai supaya tidak memilih jenama vaksin kerana apa sahaja yang diluluskan oleh pihak berkuasa, akan disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) demi keselamatan dan keberkesanannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Events Wed, 22 Jan 2025

Ebit Lew Menang Kes Saman, Mondy Tattoo Diminta Bayar RM20,000

Mondy telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan gangguan seksual oleh pendakwah tersebut.

Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Trending Tue, 6 Jul 2021
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Percayalah, Pelakon Drama Tak Cukup Dihargai” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim mendedahkan satu episod drama bersiri yang ditonton penonton sebenarnya mengambil kira-kira tiga hari untuk disiapkan.

Hiburan Sat, 1 Mar 2025

Alami Mild Slipped Disc, Ayda Jebat Kini ‘Berehat’ Di Hospital – “Teruskan Doa Biar Cepat Sihat”

pelantun lagu Memerang ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Trending Fri, 3 Jul 2020

Pagar Masjid & Surau Disaran Tidak Dikunci – Dr Zulkifli

Sama-samakita alert dan bertanggungjawab ok!

error: Content is protected !!