Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 22, 2025 @ 5:52pm

Ebit Lew Menang Kes Saman, Mondy Tattoo Diminta Bayar RM20,000

Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo, telah diarahkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk membayar ganti rugi sebanyak RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew atas tuduhan bahawa pendakwah itu merogolnya.

Perintah ini dikeluarkan selepas mahkamah mendengar hujah dari Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit sebagai plaintif.

Ebit kemudian berkongsi keputusan tersebut di laman sosialnya hari ini.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, saya menang saman terhadap Mondy atau Dita Restu, dan beliau diarah untuk membayar RM20,000 kepada saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

Dalam hantaran tersebut, Ebit turut memuat naik tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Berdasarkan dokumen tersebut, Mondy diperintahkan untuk membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 bersama faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula dari tarikh pemfailan writ saman hingga penyelesaian penuh kes.

Ebit juga memberitahu bahawa saman terhadap Caprice yang menyiarkan podcast mengenai dakwaan ini akan dibicarakan pada Mei tahun ini.

Sebelumnya, Mondy telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan gangguan seksual oleh pendakwah tersebut. Ebit juga membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan penafian tentang kes gangguan seksual itu.

Pada 6 Jun tahun lalu, pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak mendakwa Ebit atas tuduhan merogol Mondy selepas menyelesaikan siasatan.

Pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice (Ariz Ramli) dan Mondy (Dita Restu Amanda). Dalam penyataan tuntutannya, Ebit menyatakan bahawa beliau mengenali Mondy, yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan, semasa menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023.

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Dec 2025

Ulasan Konsert: Penuh Intim & Menghiburkan, ‘Retrospektif Showcase’ Bukti Cinta Afgan Terhadap Peminat Di Malaysia

Afgan mendedahkan album Retrospektif sangat dekat di hatinya & penonton Malaysia menjadi individu pertama yang mendengar keseluruhan karya tersebut secara langsung.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Selalunya kalau penyampai radio bila bercakap suara pun dah sedap, kalau menyanyi mesti okay juga kan?

Filem Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

“CALLING ME A BITCH?” DIANA DANIELLE GADUH

Entri itu seterusnya mengundang ‘perang’ komen antara peminat dan juga followers nya yang lain

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Hilang Dalam Rindu 2 Kembali Sentuh Emosi, Jazmy Juma & Tracie Sinidol Harungi Cabaran Baharu Sebagai Ibu Bapa

Hilang Dalam Rindu 2 menampilkan kembali gandingan Jazmy Juma dan Tracie Sinidol sebagai teraju utama, selain turut dibintangi Zarif Ghazzi.

error: Content is protected !!