Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd February 25, 2021 @ 8:12pm

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menurut beliau , mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan saya baharu bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025
Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Thu, 29 Sep 2022
Trending Thu, 15 Mar 2018

Taylor Swift Dituduh Meniru Iklan Minyak Wangi Untuk Video Muzik Terbarunya. Tengok Sendiri Persamaannya!

Setiap kali Taylor Swift ingin mengeluarkan music video, peminatnya mesti ternanti-nanti kerana penyanyi tersebut memang tahu bagaimana nak menghibur.

error: Content is protected !!