Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 13, 2021 @ 10:00am

“Dulu Saya Buat 3 Atau 4 Kerja Sekali Gus, Kini…” – Haiza

Penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza mengakui dirinya mengalami perubahan besar dalam kerjaya sejak COVID-19 melanda dunia.

Jika dahulu dia sering melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa yang sama, kini fokusnya lebih tertumpu kepada radio semata-mata memandangkan sudah kekurangan acara hiburan berbanding dahulu.

“Dulu saya buat tiga atau empat kerja sekali gus. Sekarang sudah tak banyak show memandangkan acara hiburan makin kurang disebabkan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya. Tapi saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan tetap.

“Ada dalam kalangan rakan-rakan artis lain juga berhadapan dengan masalah yang sama sampai terpaksa mencari pendapatan dengan cara yang lain. Semua orang pun terkesan, ini realiti yang sudah dihadapi oleh semua,” tambahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حيزا (@haizahanafi)

Baginya semua orang perlu mengambil peluang menggunakan platform digital untuk melakukan apa sahaja demi mencari sumber pendapatan atau mencari rangkaian baru.

Dengan ada pelbagai platform, siapa sahaja mampu melakukan apa sahaja termasuklah berniaga, memasarkan produk dan sebagainya. Dia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut untuk memasarkan Mantan Isterimu.

“Perubahan semasa tetap akan berlaku dan semua orang perlu memanfaatkan peluang yang ada. Kita berusaha dan Tuhan juga yang menentukan, apa yang penting adalah langkah pertama itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi bersuara lunak ini kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantan Isterimu.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital sejak 22 Februari lalu merupakan karya Ajai dan lirik oleh Iman Imran bukan sahaja cukup menangkap halwa telinga, tetapi liriknya juga mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Oct 2025

Hazwani Helmi Titip Pesanan Sukarelawan GSF Luar Negara Buat Rakyat Malaysia – “Ini Hanyalah Permulaan”

Hazwani Helmi tampil menyampaikan pesanan rakan-rakannya dari pelbagai negara buat rakyat Malaysia.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Wed, 5 May 2021

Semua Sekolah Di Selangor Ditutup Bermula Khamis

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan semua sekolah di seluruh Selangor ditutup selama dua hari bermula Khamis. Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail , penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri […]

Trending Sun, 3 Jan 2021

KPT Umum Bayaran Balik PTPTN Ditangguh Kepada Tempoh…

Berita baik buat penuntut IPTA/ IPTS..

error: Content is protected !!