Trending By: Padin March 13, 2021 @ 7:27pm

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah.

Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000.

“Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana kenderaan yang digunakan sekarang sudah berusia lebih tiga tahun.

“Orang cakap, kalau pasal kereta ni, paling lama pun kalau nak rasa ‘best’ semasa mengendalikan kereta tu, kena bawah lima tahun.

“Kalau terlalu lama pula saya yang risau sebab takut boleh membahayakan nyawa. Atas sebab itu saya berikan dia kereta. Saya pernah bagi ‘hint’ dan akhirnya membuat kejutan kepada isteri,” katanya.

Aeril membuat kejutan itu pada majlis Top Achievers & Gala Dinner Award Wawa Cosmetics yang diadakan malam semalam.

Aeril yang masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu hari jadi sebelum menyerahkan sejambak bunga dan replika kunci kereta mewah itu.

Dalam pada itu, biarpun negara dibelenggu penularan wabak COVID-19 sepanjang tahun lalu, ia tidak menghalang peniaga yang menjual produk Wawa Cosmetics mencapai sasaran jualan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Melihatkan kesungguhan dan kejayaan diraih setiap daripada mereka, Wawa menerusi jenama itu mengadakan majlis Top Achivers & Gala Dinner Award bagi memberi penghargaan kepada peniaga yang berjaya.

“Kami adakan acara anugerah ini memang untuk hargai mereka. Bagi saya dan Aeril, acara sebegini sudah biasa, tapi pada mereka apabila ambll gambar, berjalan di karpet merah dan melaram dengan busana masing-masing, ia bukan selalu mereka buat.

“Jadi, kami hargai mereka dengan memberikan sijil, trofi, dan hadiah percutian sebagai bukti yang mana ini hasil titik peluh mereka. Jadi, mereka boleh tahu untuk dapatkan anugerah bukan senang. Sebab mereka juga kena bersaing dengan peniaga lain.

“Lapan hadiah ke Eropah termasuk bersama pasangan masing-masing, kami berhabis dalam ratusan ribu ringgit juga. Kami hargai mereka dengan cara sebegini. Jadi kami sanggup berhabis untuk mereka,” katanya.

Sebanyak lapan peniaga yang mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun lalu diberikan penghargaan berupa sijil, trofi dan tajaan percutian ke Eropah bersama pasangan masing-masing.
Pada majlis itu, Nur Adila Saidi diumumkan sebagai Top 1 dengan nilai ‘restock’ RM3.3 juta sepanjang tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023
Trending Tue, 6 Aug 2019

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Insiden Bom Di Bangkok Suspek Pernah Lawat Malaysia

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

Trending Tue, 12 Jan 2021

Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Kita belum menang, patuh SOP!

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Events Sat, 23 Apr 2022