Trending By: Salma Syahbuddin March 14, 2021 @ 2:59pm

Ramalan Lofa Benar Belaka… Kali Ini, Neelofa Teka Aina Abdul Jadi Juara AJL35!

Sejak tiga tahun berturut-turut pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa tampil membuat ramalan tepat tentang siapakah yang bakal menjulang gelaran Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut.

 

Dan seperti biasa, kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) kali ini, ramai peminat dan penyokong AJL35 khasnya ingin mengetahui apakah ramalan beliau kali ini tepat seperti sebelumnya?

 

Menjengah ke akaun Twitter milik Neelofa hari ini, beliau meramalkan AJL35 malam ini akan menjadi milik Aina Abdul menerusi lagu Semalam. Namun, juara AJL35 juga boleh menjadi milik Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua dan gandingan mantap Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah menerusi lagu Belenggu Rindu.

 

Manakala, Vokal Terbaik akan dimenangi oleh Azlan & The Typewriter menerusi lagu Jangan Khianati Aku ataupun milik Aina Abdul sekali lagi menerusi lagu Semalam.

 

 

Bagaimanapun, Neelofa menegaskan ini hanyalah sekadar tekaan beliau memandangkan pada tahun ini Lofa tidak terlalu mengikuti lagu-lagu yang dipertandingkan di AJL35.

 

Selain itu, Neelofa berharap agar semua peminat dan penonton yang menyaksikan AJL35 pada malam ini menikmati setiap persembahan daripada artis-artis kesayangan ramai dalam masa yang sama mengenali dan menghargai penulis lagu dan juga penulis lirik kita yang berbakat.

 

 

Justeru itu, rata-rata peminat teruja dengan ramalan atau prediction dari Neelofa sehingga setakat ini ciapan tersebut telah mendapat 1,000 ulang kicau dan sebanyak 2,800 tanda suka sejak ianya dimuat naik sejam yang lalu.

 

Jadi, bagaimana pula dengan korang semua? Kalau korang pun mempunyai ramalan tentang siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara AJL35 kali ini,  jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan Jom Teka & Menang di www.xtra.com.my/ajl35 dan menang hadiah menarik!

 

AJL35 malam ini akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam, dan korang juga boleh menonton secara LIVE menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my dan YOUTUBE TV3 Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk menaja tudung selama setahun kepada 10 orang peminatnya. Pelantun lagu Ke Hujung Dunia itu memilih lima wanita yang sudah berhijab dan lima […]

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Thu, 27 Jan 2022

Iqbal Zulkefli Dakwa DSV Ada Penyakit Narcissistic Personality Disorder – “Kalian Tidak Sedarkah Beliau Sering Membuli Orang Untuk Menaikkan Nama Sendiri?”

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli mendakwa jutawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). Ketika dunia hiburan dihangatkan dengan isu yang membabitkan DSV dan penyanyi tersohor Anuar Zain, Iqbal yang merupakan […]