Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 17, 2021 @ 5:59pm

Seniman Bantu 100 Ahli Terjejas Akibat Pandemik Untuk Jana Pendapatan

100 ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang terjejas teruk mendapat bantuan sebanyak RM300,000 untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, menerusi program Survival Pandemik Anak Seni, pihak persatuan itu dengan kerjasama produk kesihatan VML menjadikan 100 ahli Seniman sebagai perantis.

Tambah Zed, program itu adalah antara keprihatinan dan usaha Seniman untuk membantu anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup melalui perniagaan.

“Survival Pandemik Anak Seni dilihat sebagai satu sokongan Seniman kepada anak seni yang terjejas terus sepanjang pandemik COVID-19 berlaku sekali gus membolehkan meraih pendapatan.

“Kami sedar tidak semua anak seni mampu untuk memulakan perniagaan kerana memerlukan modal yang besar, menerusi usaha sama ini, mereka bukan saja mendapat bimbingan malah juga latihan asas modul perniagaan serta bantuan dari sudut promosi supaya dapat menjana ekonomi anak seni untuk bergelar ahli perniagaan,” katanya.

Menurut Zed, sebagai permulaan 50 ahli seniman sudah diberikan kit untuk memulakan perniagaan terbabit tanpa sebarang caj dikenakan.

Antara selebriti yang menjadi sebagai kumpulan perantis pertama ialah Ayu Damit, Noralbaniah, Syukri Zainal, Badrul Muhayat, Kay Khydir, Keena, Ako Mustafa dan Ustaz Hanafi.

“Program dengan kerjasama VML ini diilhankan untuk anak seni untuk jangka masa panjang dan berterusan dalam menjana ekonomi anggota Seniman dan bukannya bantuan ‘one off’ sahaja.

“Sebagai permulaan 100 kit asas perniagaan telah disediakan kepada anak seni yang berminat selain diberikan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dalam perniagaan, ” katanya.

Kredit foto: Syed Osman Idid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Events Tue, 28 Apr 2026

Achey Ada Pendapat Tersendiri Acara Pesta Muzik Air – “Akan Lebih Banyak Isu Sosial Melampau Yang Bukan Budaya Kita”

Kata Achey, acara sedemikian mampu mendorong kepada berlakunya lebih banyak isu sosial yang melampau.

Featured Fri, 22 Apr 2022
Featured Fri, 19 Feb 2021

Sesi Persekolahan Bermula 1 Mac Ini

Baca artikel lebih lanjut untuk semua sesi sekolah rendah & menengah

Featured Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2024

Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak – Datuk Red

Hiburan Thu, 20 Jun 2024
error: Content is protected !!