Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi October 11, 2023 @ 4:29pm

Ramai Mengadu Ada Rasa ‘Mati Putik’ Dengan Suami, Neelofa Bakal Keluar Produk Jus Untuk Eratkan Hubungan Intim Suami Isteri – “Insya-Allah, Mampu Selamatkan Perkahwinan”

Selebriti terkenal, Noor Neelofa berkongsi bakal mengeluarkan produk khas untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa berkata idea untuk menghasilkan produk tersebut mula tercetus selepas dia mendengar beberapa aduan daripada teman-teman rapat dan saudara-mara terdekat yang melalui masalah terhadap hubungan intim bersama pasangan.

Jelas Neelofa, formula yang digunakan dalam jus tersebut dikhabarkan mampu menyelamatkan sebuah perkahwinan dan formula jus tersebut dikatakan amat istimewa untuk para isteri.

“Kalau betul formula jus yang saya buat ni menjadi, Insya-Allah boleh membantu ramai wanita di luar sana yang sedang mengalami masalah ini.

“Saya pun masih belum berpuas hati, masih sedang mencuba jus ini. Masih ubah-ubah formula sampailah betul-betul sempurna, Insya-Allah,” ujarnya dalam video berkenaan.

Menerusi hantaran lain, isteri kepada pendakwah selebriti Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz ini juga berkongsi tangkapan skrin beberapa respons pengikutnya yang melalui masalah dalam melakukan hubungan intim bersama suami.

Tambah ibu anak dua ini, Neelofa tidak menafikan masalah ‘mati putik’ ini akan menjadi lebih parah sekiranya berat badan individu berkenaan tidak turun.

“Jus yang saya sedang usahakan ini tercetus bila kawan-kawan rapat dan saudara-mara yang dah beranak pinak terutamanya complain masalah yang sama.

“Masalah ini sangat biasa terjadi pada isteri-isteri yang lepas beranak, satu sebab hormon dah ke laut, tak berpantang dengan betul, masalah mati putik ini akan parah, tambah kalau berat badan tak turun akan memudaratkan lagi problem tak ada rasa nak ‘bersama’.

“Orang mungkin gelak bila baca ini, tapi ketahuilah para isteri, bahawasanya hubungan ‘bersama’ suami isteri adalah sangat dituntut dalam agama. Maka penting untuk kita cari solusi,” tulinsya.

Neelofa

Artikel Berkaitan: Dikecam Penampilan Tak Sesuai Dengan Imej Berpurdah, Neelofa Sudah Dapat ‘Green Light’ Suami – “Dia Kata Okay, Saya Keluar”

Artikel Berkaitan: Trauma Tengok Video Tular Keterlaluan, Neelofa Akui Bimbang Keadaan Bilal Di Sekolah – “Perkara Ni Patut Jadi Benda Normal”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023
Trending Mon, 15 Aug 2022

Duet Spontan Aishah Bersama M.Nasir Buat Ramai Meremang

Vokal penyanyi Datuk Aishah Ariffin memang tak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Aishah dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian ialah Aishah dijemput menyanyi bersama Datuk M.Nasir. Dalam video yang dimuat naik […]

Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Zazzleen ‘All Out’ Dalam Showcase Timeless, Energi Buat Peminat Terpukau

Hasrat Zazzleen adakan showcase menyanyi lagu ibu, Normala Omar tercapai

Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan […]

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Hiburan Sat, 2 Dec 2023
error: Content is protected !!