Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 2, 2023 @ 4:52pm

BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana

Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana, petang Sabtu.

Menerusi video yang tular di TikTok, majlis perkahwinan balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah, Amankila, Bali.

Tampil anggun berbusana kebaya jawa, majlis tersebut dikhabarkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat pasangan itu .

Malah, ada juga peminatnya yang berkongsi momen ketika pasangan itu bergambar selepas usai upacara akad nikah mereka.

Terdahulu, agensi tempatan melaporkan majlis perkahwinan pelantun lagu Cinta Sejati itu telah dikawal ketat.

Bahkan, wakil media hanya dibenarkan berkumpul di lokasi beberapa meter daripada pintu masuk utama, lapor agensi.

Dalam pada itu, agensi turut melaporkan pakej pernikahan di resort mewah itu dianggarkan bernilai RM100,000 hingga RM600,000.

Sumber: TikTok @kiaisauraaa & BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025

Kael Dedah Pernah Hidup ‘Terbuang’, Ibu Alami Masalah Mental & Sempat Tinggal Di Rumah Tumpangan

Kael gagal tahan sebak mengimbau kembali perjalan hidupnya sebelum bergelar anak seni.

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Upload gambar salah…tak upload nanti tanya ke mana hilang pula. Ayooo, netizen!

Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Wahh, dalam diam ek Bunga. Apapun, tahniah!

error: Content is protected !!