Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 23, 2021 @ 5:24pm

Tengku Iman Abdullah Lancar Green Ribbon Group, Tingkat Kesedaran Penyakit Mental

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah yang juga Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, berkenan mengasaskan pertubuhan kebajikan sosial iaitu Green Ribbon Group untuk membantu meningkatkan kesedaran kesihatan mental di Malaysia.

Menerusi kenyataan Green Ribbon Group, penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental monumen yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dalam mewujudkan penyelesaian yang berdaya maju melalui advokasi, pengumpulan dana dan kerjasama.

“Malaysia mempunyai peluang unik untuk menyumbang kepada standard global dalam penjagaan kesihatan mental dan ini bermula dengan kesedaran negara dan institusi yang terlibat di sini,” Tengku Puteri Iman Afzan dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Tengku Puteri Iman Afzan, yang juga puteri sulung Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan pin reben hijau yang direka semula, kepada pemimpin dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan positif dalam advokasi kesihatan mental.

Antara penerima pin tersebut termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Inisiatif Tengku Puteri Iman Afzan telah diiktiraf Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Featured Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Trending Wed, 27 Apr 2022

Suka Makan Fast Food, Gadis Alami Kegagalan Buah Pinggang

Akibat gemar makan fast food, buah pinggang gadis ini tidak berfungsi.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

Featured Tue, 10 Feb 2026

Simpati Nasib Puteri Balqis, Daler Yusuf Akui Pengarah & Penerbit Pernah Ajak Holiday Siap Minta Gambar Dekat…

Daler mengakui pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika mula-mula menapak dalam industri seni tanah air.

Featured Tue, 13 Dec 2022
error: Content is protected !!