Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 28, 2021 @ 4:30am

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz semalam.

ARTIKEL BERKENAAN: Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

Baru sahaja memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, mantan pengacara Nona ini sudah mempersiapkan diri untuk menjadi suri yang mengisi hati Haris.

“Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat mengenai persediaan untuk bergelar isteri.

“Banyak nasihat yang diberikan dan Insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.

“Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKENAAN: “Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

Mengulas mengenai kariernya sebagai usahawan selepas mendirikan rumah tangga, bekas juara Dewi Remaja ini mengakui dirinya agak sibuk.

“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.

ARTIKEL BERKENAAN: “The Jabal Rahmah” – Pelamin Neelofa & PU Riz Berinspirasikan Pergunungan Di Mana Adam & Hawa Dipertemukan

“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan.

“Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023
Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

“Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Siti Nurhaliza sendiri mengakui susah untuk menyanyi 4 hari berturut-turut.

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu

Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

error: Content is protected !!